I made this widget at MyFlashFetish.com.

Sunday, July 26, 2009

Bab 8 Slide

Bab 8
Pembaharuan dan Pengaruh Islam Sebelum Kedatangan Barat
Pengaruh kedatangan Islam terhadap POLITIK
Pentadbiran
Perundangan

Mesti tau tentang…
Pengaruh islam dalam sistem pemerintahan dan pentadbiran Malaysia
Menghuraikan pengaruh Islam terhadap sistem perundangan

Pengenalan
Bukti – penemuan Batu Bersurat di Terengganu pada abad ke 14 – catatan tentang kewajipan menjalankanhukum syarak dan peraturan undang-undang kekeluargaan
Pengaruh dalam politik- Kerajaan Melayu Melaka – abad ke-15. Sistem islam mengenepikan konsep dewa raja

PENTADBIRAN
Sebelum islam – sistem pemerintahan beraja (Dipengaruhi oleh tradisi Hindu Buddha – konsep dewa raja
Selepas islam – raja-raja guna gelaran SULTAN dan diikuti dengan gelaran Zizullah fil ard dan Zizullah fil-alam (Bayangan Allah di muka bumi)
Pemerintahan seperti Sultan Mahmud Shah di Melaka menggunakan gelaran Khalifatul mukminin (pemimpin orang mukmin)

Gelaran dan nasab
gelaran Zizullah fil ard dan Zizullah fil-alam (Bayangan Allah di muka bumi)
gelaran Khalifatul mukminin (pemimpin orang mukmin)
Nasab keturunan raja tidak dikaitkan lagi dengan mana dewa tetapi dikaitkan dengan nama Islam seperti Iskandar Zulkarnain – menjadikan raja berkedudukan tinggi dan dihormati

Penasihat
Mendapat nasihat ULAMA
Cth di Melaka – sultan dinasihati oleh Makhdun Sayid Abdul Aziz, Maualana Sadar Jahan dan Maulana Abu Bakar
Di Kelantan dan Terangganu ulama menjalinkan hubungan baik dengan sultan. Antara ulama yang terkenal ialah Tuk Pulau Manis, Tuk Pulau Condong dan Tuan Tabal

Konsep DAULAT
Kedudukan Sultan dikukuhkan dengan konsep DAULAT tetapi tidak mengangkat kedudukan sultan
Diamalkan secara lisan
Untuk mengukuhkan konsep daulat – adat bersesuaian diadakan seperti cara berpakaian dan istiadat pertabalan raja
Contoh – ada cop mohor, nobat, nafiri, istiadat bersiram…

PERUNDANGAN
Dibahagikan kepada DUA iaitu – BERTULIS dan TIDAK BERTULIS
Tidak bertulis dikenali sebagai adat.
Adat terbahagi kepada dua iaitu Perpatih dan adat Temenggung

Beri perhatian kepada:
Pengasas
Asal
Negeri yang mengamalkan
Nasab keturunan
Pewarisan harta
Perkahwinan
Sistem politik

Adat Perpatih
Di asaskan oleh Datuk Perpatih Nan Sebatang yang berasal dari Pagar Ruyung, Sumatera dan di amalkan di Negeri Sembilan dan Naning (Utara Melaka)
Mempunyai ciri tersendiri khususnya dalam sistem jurai keturunan, bidang, pemerintahan, bentuk hukuman dan pewarisan harta pusaka
Konsep demokrasi atau musyawarah merupakan asas dalam pentadbiran dan penyelesaian sesuatu masalah.

Adat Perpatih
Kuasa pemerintahan bukan di tangan seseorang tetapi dibahagikan kepada pemerintahan, Undang-undang, Buapak dan Anak Buah
Dalam Adat Perpatih terdapat 12 Suku dan setiap suku dianggap sebagai sebuah keluarga yang besar dan anggota suku ini dianggap bersaudara
12 suku ialah- Anak Acheh, Anak Melaka, Batu Belang, Batu Hampar, Biduanda, Mungkal, Paya Kumbuh, Seri lemak, Seri Melenggang, Tanah Datar, Tiga batu, Tiga Nenek.

Adat Perpatih
Setiap suku tidak dibenarkan berkahwin dengan suku yang sama
Dlm aspek hukuman, AP lebih bersifat pemulihan yang bertujuan untuk membaiki keadaan dan bukan hukuman semata-mata
Lebih mementingkan Pihak Perempuan. dalam aspek pewarisan harta keutamaan diberikan kepada anak perempuan.
Suami perlu tinggal bersama suku isteri

Adat Temenggung
Dicipta oleh Datuk Ketumanggungan berasal dari Palembang, Sumatera
Diamalkan di semua negeri Melayu kecuali N9
Dibawa masuk dari Melaka pada abad ke-15. pada awalnya mempunyai pengaruh Hindu – setelah kedatangan Islam pengaruh Hindu ini berkurangan

Adat Temenggung
Mengutamakan keturunan sebelah lelaki dan bersesuaian dengan prinsip syarak yang mengiktiraf lelaki sebagai ketua keluarga – dalam aspek pewarisan harta lelaki diberikan keutamaan
Perkahwinan tiada halangan selagi tidak bertentangan denga Islam

Hukum Kanun Melaka
Negeri terawal mempunyai undang-undang bertulis – zaman Sultan Muzaffar Syah dan dilengkapkan lagi pada zaman Sultan Mahmud Syah
Mempunyai 44 fasal yang merangkumi
Hukum Kanun Melaka
Hak istimewa dan tanggungjawab raja dan pembesar, peraturan rasmi di istana, pantang larang masyarakat, hukuman kepada pesalah yang menderhaka, mencuri dan cara menyambut kedatangan utusan dari luar
Hukuman terhadap kesalahan sivil dan jenayah seperti mencuri ialah potong tangan. Pembunuh akan dihukum bunuh, menjadi sumber undang-undang adalah dari Hukum Syarak

Undang-Undang Laut Melaka
Mengandungi peraturan pelayaran dan pedagangan
Peraturan dan tatacara pelayaran dan perniagaan, tangggungjawab pegawai kapal, nakhoda kapal, syahbandar, hukuman kesalahan jenayah dan syariah islam
Menjadi faktor kepada perkembangan perdagangan

Undang-Undang Perak
Dikenali sebagai Undang-undang 99
Dibawa oleh Sayyid Husain al-Furadz dari Arab pada abad ke-17
Menetapkan hukuman bagi 99 kesalahan
Meliputi undang-undang awam, perhambaan, nujumk, kekeluargaan dan zina

Undang-Undang Pahang
Digubal semasa pemerintahan Sultan Abdul Ghaffur Muhyiddin (1592-1614)
Mengukuhkan kedudukan raja
Sesiapa yanng menderhaka akan dikenakan hukuman berat

Undang-Undang Kedah
Mempunyai 4 bahagian
Undang-Undang pelabuhan
Undang-Undang Tentera (1667)

Hukum Kanun Dato’ Star

Undang-Undang 1784
Undang-Undang Johor
Diasaskan berdasarkan Undang-Undang Laut dan Hukum Kanun Melaka
Bertarikh 1789

Soalan
Apakah kesan penggunaan Undang-Undang bertulis di Melaka?

Jawapan
Menjadikan kehidupan masyarakat tersusun kerana segala perlakuan, tanggungjawab, serta hukuman tentang kesalahan yang dilakukan telah ditentukan
Pengaruh Kedatangan Islam Terhadap Sosiobudaya

Hasil pembelajaran sub tajuk ini:
Mengenalpasti kesan kedatangan Islam terhadap pendidikan masyarakat Melayu
Menghuraikan pengaruh Isalam dala bahasa dan kesusasteraan Melayu
Menjelaskan kesan kedatangan Islam terhadap kesenian masyarakat Melayu
Menerangkan pengaruh kedatangan Islam terhadap gaya hidup massyarakat Melayu

Pendidikan
Anda perlu ingat tentang –
Ciri-ciri pendidikan tidak formal
Ciri-ciri pendidikan di pondok dan madrasah

Tahukah Anda
Dalam sistem pondok, pelajar menggunakan kitab bahasa Arab dan kitab bahasa Melayu tetapi ditulis mengikut struktur bahasa Arab.
Kaedah pembelajaran dikenali sebagai "menadah kitab’ – pelajar membaca dan kemudian diberi penjelasan
Tok Guru mengajar secara sukarela – konsep mengajar untuk menyebarkan Islam
Ibu bapa membalas budi guru dengan memberikan makanan, beras atau pakaian

Jenis Pendidikan
Terdapat DUA jenis pendidikan iaitu Formal dan Tidak Formal

Pendidikan Tidak Formal
Pendidikan tidak formal merupakan pendidikan yang diberikan oleh institusi keluarga
Menekankan penguasaan kemahiran atau kebolehan keistimewaan salam mempelajari kepakaran dalam bidang kesenian, pertanian dan pertukangan
Kebiasaannya diwarisi menerusi pemerhatian dan latihan
Ibu bapa mendidik anak tentang kelakuan, adat resam, sifat terpuji dan menjaga maruah

Pendidikan Tidak Formal
Menerapkan nilai dan cara hidup menerusi cerita lisan seperti cerita binatang yang dapat memberi pengajaran dan teladan kepada kanak-kanak. Contohnya cerita- anjing dengan bayang-bayang dan Sang Kancil
Kanak-kanak diajar tentang pantang larang dan adat istiadat menerusi pergaulan.
Diajar untuk menghormati orang tua, guru dan peraturan tertentu seperti menundukkan badan ketika lalu dihadapan orang yang lebih tua, memberi salam apabila memasuki rumah dan mengucapkan terima kasih

Pendidikan Formal
Lebih kepada pendidikan keagamaan secara langsung. Sebelum kedatangan Islam kebanyakan pendidikan formal dimonopoli oleh golongan atasan seperti pembesar TETAPI selepas kedatangan Islam pendidikan formal dapat diberikan terus kepada semua golongan masyarakat

Pendidikan Formal
Institusi pendidikan formal ialah masjid, rumah, surau, madrasah, pondok dll
Pendidikan di rumah menekankan pengajaran al-Quran
Pendidikan di Istana masih dijalankan contohnya di Melaka, Sultan Mansur Shah pernah menerima pengajaran islam dari Maulana Abu Bakar dan berguru dengan Maulana Sadar Jahan

Pendidikan Formal - Istana
Ulama di Melaka datang dari Arab, parsi dan Gujerat
Menghormati ilmu dan dapat dilihat semasa kitab al-Dur al-Manzum (mutiara tersusun) yang diarak ke balairung istana Melaka
Kitab dan buku hikayat seperti Hikayat Muhammad Ali hanafiah dan Hikayat Amir Hamzah disimpan di istana.
Pada masa itu pendidikan istana yelah meluas kepada soal pentadbiran dan pengurusan negara

Pendidikan Formal – Masjid
Kanak-kanak diajar di masjid/surau/ berkenaan ilmu fikah, cara sembahyang dan membaca al-Quran
Pada waktu malam pembelajarn bagi orang dewasa dijalankan di masjid/surau

Pendidikan Formal- Pondok
Menjalankan pengaran yang menekankan ilmu keagamaan dan menyediakan pelajar untuk menjadi guru agama
Sistem sekolah pondok terkenal di Kelantan, Terengganu, Perlis, Kedah dan Pattani
Antara pondok yang terkenal ialah Pondok Pulau Condong yang dibuka oleh Hj Abd Samad bin Abdullah (Tuk Pulau Condong)
Pondok Kutan dibuka oleh Hj. Mohammad Salleh

Pendidikan Formal - Madrasah
Lebih sistematik dan teratur
Matapelajaran berdasarkan sukatan tertentu
Terdapat Mudir (Guru Besar) yang bertanggungjawab memajukan madrasah

Bahasa dan Kesusasteraan
Sebelum tulisan jawi dikenalkan penggunaan tulisan lain seperti Kawi, Pallave, Sunda Kuno, Batak dan Rencong digunapakai
Tulisan jawi diperkenalkan oleh ulama kerana kesesuaiannya. Tulisan jawi akhirnya menjadi hak orang melayu
Pertambahan perbendaharaan bahasa melayu. – pinjaman bahasa arab seperti adat, adil, hukum dll

Bahasa dan Kesusasteraan
Berkembang secara lisan meliputi pelbagai bentuk cerita, prosa dan puisi seperti
Cerita asal usul – tentang kejadian alam, nama tempat, tumbuhan dan binatang
Cerita binatang – guna watak binatang
Cerita jenaka dan lucu – watak lucu seperti Pak Kaduk, lebai malang – bertujuan untuk hiburan
Cerita Dongeng – bertujuan memberi pengajaran seperti batu belah batu bertangkup,

Bahasa dan Kesusasteraan
Cerita dan puisi berunsurkan Islam
Hikayat tentang nabi-nabi
Mengisahkan para sahabat nabi
Hasil puisi tempatan seperti Syair Dahulu Jala karya Tengku Ampuan Marian dari Terengganu
Hikayat Abu Nawas dan Hikayat Hasaan Damsyik merupakan karya saduran Arab-Parsi yang terdapat dalam tradisi persuratan Melayu


Kesenian
Sebelum kedatangan Islam, kesenian orang Melayu adalah berorientasikan Hindu-Buddha. Dibuktikan dengan penemuan candi-candi di Lembah Bujang (Candi Bukit Batu Pahat) – seni arca Avalokitesvara iaitu dewa yang dihiasi dengan pakaian dan perhiasan yang indah

Kesenian
Seni yang mempunyai pengaruh Islam – Seni Bina Masjid – mempunyai ciri seperti mihrab, telaga, pancur air dan mimbar
Antara masjid tertua ialah Masjid Kampung Laut di Kelantan, Masjid Tengkera dan Masjid Peringgit
Selain masjid, istana juga diukir juga dengan senibina islam seperti mempunyai balairung


Kesenian
Sebelum kedatangan Islam motif ukiran lebih kepada binatang seperti burung selepas kedatangan islam motif bertukar kepada bunga dan alam semulajadi
Seni epigrafi(batu nisan dan batu bersurat) berkembang – Batu Bersurat Terengganu berunsurkan Islam.
Muncul tulisan khat yang menghiasi ukiran masjid, rumah, istana. Khat yang digemari ialah jenis kufi dan nasakh

Kesenian
Perkembangan tarian dan seni muzik turut berkembang
Tarian dabus – Perak, Pengaruh Arab, Kisah Saidina Ali
Tarian mak inang- Dikenalkan Sultan Mahmud di Melaka – utk majlis tertentu
Nazab atau Naban – Terengganu, Malaka dan Pahang – berbentuk syair
Seni lain – Ghazal, dikir…

Gaya Hidup
Dipengaruhi di peringkat Pemimpin dan Rakyat
Sebelum Islam, pertabalan raja dimulakan dengan pembacara ciri (dalam bahasa sanskrit) kata-kata hikmah dan suci – Raja melafaz ikrar
Zaman al-Rasyidin lafaz Ikrar adalah amalah hijabah (protokol) – pengaruh Bani Umaiyah – Sultan mangkat-pengganti akan dilantik sebelum pemakaman

Gaya Hidup
Hubungan kekeluargaan – wujud panggilan pangkat dalam keluarga
Amalan berziarah diamalkan
Majlis perkahwinan mengikut syariat islam
Wujud pelbagai perumpamaan – cth bersatu teguhbercerai roboh dll

Pengaruh Kedatangan Islam Terhadap Ekonomi

Dalam bab ini seharusnya anda…
Menghuraikan pengaruh Islam terhadap perdagangan
Menjelaskan kesan kedatangan Islam terhadap penggunaan mata wang
Menerangkan kesan kedatangan Islam terhadap sistem percukaian

Perdagangan
Berkembang dengan lebih baik – pedagang temoatan melibatkan diri dengan rangkaian perdagangan Timur Barat
Di Melaka wujud jawatan Syahbandar dan Laksamana
Undang-undang laut melaka mengukuhkan perdagangan
Wujud peraturan timbang sukat yang sistematik – sistem bahara-timbang cengkih dan rempah ratus
Tahil dan kati untuk emas dan perak

Penggunaan Mata Wang
Mata wang bercirikan Islam dipekenalkan – wujud nama sultan dan tarikh pada mata wang
Dalam kerajaan Melayu Johor terdapat mata wang ‘katun’ diperbuat dari timah, berbentuk segienam dan bulat dan ada perkataan arab ‘malik’
Di Kedah mata wang berbentuk ayam jantan yang hinggap di atas cincin-cincin

Penggunaan Mata Wang Emas
Mata wang emas tertua di Johor bertarikh 1527 digunakan semasa pemerintahan Sultan Alauddin Riayat Shah
Mata wang emas yang digunakan di Johor dipanggil kupang
Di Kelantan di panggil kijang
Setiap mata wang emas ditulis nama sultan yang memerintah
Terdapat juga gelaran sultan yang memerintah seperti khalifatul muslimin

Percukaian
Terdapat cukai dikenalkan untuk barangan yang diniagakan
Terdapat cukai tetap (cukai import)
Pengaraman amalan riba dalam perniagaan (ada dalam HKM dan HKP)
Menganjurkan konsep sedekah
Baitulmal ditubuhkan

No comments:

Post a Comment