I made this widget at MyFlashFetish.com.

Sunday, July 26, 2009

Soalan Formatif 3

MAKTAB SULTAN ABU BAKAR
JOHOR BAHRU


PEPERIKSAAN FORMATIF III


SEJARAH


TINGKATAN 4

1 JAM



Arahan:

Kertas soalan ini mengandungi DUA bahagian iaitu Bahagian A dan Bahagian B.

Jawab SEMUA soalan di Bahagian A pada kertas yang telah disediakan dan
Jawab SATU soalan sahaja di Bahagian B pada kertas yang telah disediakan.






Disediakan oleh Disahkan oleh



(MUHAMAD KHAIRUL ANUAR)
Panitia Sejarah
Maktab Sultan Abu Bakar

Bahagian A: Setiap soalan mengandungi empat pilihan jawapan iaitu A, B, C dan D. Pilih SATU sahaja jawapan yang betul dan tandakan di ruangan yang telah disediakan. Jawab semua soalan


1. Pentadbiran Khalifah Abu Bakar al-Siddiq berjaya mempertahankan
Madinah dari ancaman tentera Parsi.
Apakah yang menyumbang kepada kejayaan tersebut?

A Semangat ghazi
B Penetapan peraturan
C Kecekapan panglima
D Ekspedisi ketenteraan

2. Kerajaan Bani Umaiyah telah mewujudkan sistem urus setia.
Apakah bidang tugas sistem tersebut?

A Mengumpul rekod
B Menulis salasilah raja
C Merangka peraturan di istana
D Memeriksa orang yang menemui khalifah

3. Dasar social kerajaan Turki Uthmaniyah berasaskan kecemerlangan individu.
Apakah kesan dasar tersebut?

A Mengelakkan peperangan
B Memudahkan mobiliti sosial
C Melicinkan pentadbiran wilayah
D Memelihara hubungana kekeluargaan

4. Rajah di bawah merujuk kepada pentadbiran khalifah Abu Bakar al-Siddiq.

Mengumpulkan tulisan al-Quran
Khalifah Abu Bakar al-Siddiq



Mengapakah beliau bertindak sedemikian?

A Penurunan wahyu
B Penyeksaan oleh Arab Quraisy
C Kemunculan golongan murtad
D Kematian ramai penghafaz al-Quran




5. Maklumat di bawah membuktikan kerajaan Bani Umaiyah berkembang dalam
pelbagai bidang.


- Tokoh termasyhur di
Damsyik


- Menulis buku, al-Shamil
fis Sina’ah al-Tabibiyah

Ibn al-Nafis









Apakah intipati penting dalam buku penulisan tokoh tersebut?

A Teknik pembedahan
B Hukuman berdasarkan ijtihad
C Perubatan untuk pesakit Kusta
D Sistem perundangan berdasarkan al-Quran


6. Antara berikut, yang manakah merupakan sumbangan kerajaan Khulafah al-
Rasyidin?

I Menubuhkan Majlis Syura
II Mengadakan sistem hijabah
III Memberi pendidikan percuma
IV Menentang golongan murtad

A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV

7. Senarai berikut menunjukkan kota utama kerajaan Bani Umaiyah di
Andalusia
Seville

Toledo

Granada








Apakah yang berkaitan dengan kota tersebut?

A Pusat kesenian
B Pusat keilmuan
C Pusat pertanian
D Pusat pentadbiran

8. Maklumat berikut menunjukkan khalifah terkenal kerajaan Bani Abbasiyah


Kerajaan Bani Abbasiyah
Khalifah Harun al-Rasyid
Khalifah al-Makmun


Apakah sumbangan khalifah tersebut?

A Falsafah
B Keilmuan
C Ketenteraan
D Perluasan wilayah

9. Rajah menunjukkan faktor-faktor kejatuhan kerajaan Turki Uthmaniyah


Kejatuhan kerajaan Turki Uthmaniyah
Pemimpin lemah
Pemberontakan rakyat
Faktor X











Apakah faktor X?

A Serangan tentera Monggol
B Kemerosotan perdagangan
C Tentangan golongan Mawali
D Pertambahan penduduk pesat



10 Apakah peranan Khalifah Abu Bakar sebagai penyelamat umat Islam?

I Mengatasi masalah perpecahan umat
II Membentuk pentadbiran wilayah
III Menyelaras sistem bacaan al-Quran
IV Menubuhkan pasukan tentera laut

A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV

11. Andaikan Sheikh Fizo, Sheikh Iqram dan Syed Kamal adalah pedagang
Islam yang telah dianugerahkan jawatan syahbandar.

Apakah kriteria penganugerahan tersebut?

A Status sosial
B Sifat amanah
C Setia kepada raja
D Sokongan pembesar

12. Hikayat berikut mempunyai ciri persamaan

Hikayat Kepulauan Sulu
Hikayat Merong mahawangsa




Apakah ciri persamaan tersebut?

A Pengislaman raja
B Perpindahan rakyat
C Perkahwinan siasah
D Penemuan batu bersurat

13. Jadual di bawah menunjukkan gelaran yang diberikan kepada sebuah
kerajaan Melayu.

Kerajaan
Gelaran
X
Serambi Mekah

Apakah kerajaan X?

A Siak C Acheh
B Riau D Brunei
14. Pernyataan berikut menunjukkan artifak penting
Atas rasa minat dan cintakan mata pelajaran sejarah, Luqfi dan Harith Daniel telah melawat ke sebuah tapak bersejarah yang penting di Terengganu. Menurut catatan yang ada di situ, penduduk Kampung Buluh telah menemui sebongkah batu yang mempunyai tulisan jawi di Sungai Tersat, Daerah Kuala Berang.







Pernyataan di atas merujuk kepada penemuan artifak yang menyatakan

A Teori kedatangan Islam dari China
B Teori Kedatangan Islam dari India
C Teori kedatangan Islam dari Semenanjung Tanah Arab
D Teori kedatangan Islam dari Gujerat

15. Senarai di bawaah menerangkan tempat yang memainkan peranan yang
penting pada zaman dahulu.

Pondok
Pesantren
Madrasah
Jayah






Apakah persamaan yang terdapat pada tempat-tempat tersebut?

A Tempat beribadat
B Pusat penghijrahan
C Kawasan kediaman
D Institusi pendidikan formal

16 Pernyataan berikut merujuk kepada perkembangan Islam di Asia Tengara


Islam berkembang ke Asia Tenggara dari Semenanjung Tanah Arab


Pendapat tersebut dibuktikan dengan

A persamaan unsur seni bina masjid
B catatan Batu Bersurat Terengganu
C gaya penulisan sastera hampir sama
D jumpaan batu nisan di makan Kampung Permatang Pasir

17 Seorang sejarawan telah membuktikan bahawa teori kedatangan Islam di
Asia Tenggara adalah dari India.

Siapakah sejarawan tersebut?

A Emanuel Gadinho Eredia
B John Crawford
C Profesor Syed Muhammad Naquib al-Attas
D Snouck Hurgronje

18. Sifat dan kehidupan yang menarik di kalangan pedagang arab telah
menarik minat penduduk tempatan untuk mendekati Islam.

Apakah sifat tersebut

A Mahmudah
B Majmumah
C Madaniah
D Mudalifah

19. Bukti berbentuk artifak berkenaan dengan gelaran yang diberikan kepada
seseorang pemerintah telah ditemui. ianya

Berbentuk wang syiling lama
Mempunyai tulisan Khalifatul mukminin


Siapakah yang telah menerima gelaran tersebut? Kecuali

A Sultan Melaka
B Sultan Johor
C Sultan Terengganu
D Sultan Kelantan

20. Pernyataan berikut merujuk kepada baitulmal di Acheh

Institusi Baitulmal Acheh berfungsi sebagai perbendaharaan negara



Baitulmal telah diperkenalkan di Acheh oleh

A Sultan Iskandar Thani
B Sultan Ali Mughayat Syah
C Sultan Iskandar Muda Mahkota Alam
D Sultan Sayyid Maulana Abdul Aziz Syah
BAHAGIAN B: Jawab SATU Soalan Sahaja


1. Terdapat beberapa teori atau pendapat tentang kedatangan Islam ke Asia Tenggara.
a. Berdasarkan pengetahuan sejarah anda, apakah bukti yang dikemukakan oleh sejarawan tentang kedatangan Islam menerusi China? (4 Markah)

b. Huraikan gerakan semangat JIHAD dalam kalangan rakyat tempatan di Asia Tenggara untuk menentang penjajahan Barat.
(4 markah)

c. Terangkan mengapa unsur-unsur Islam mempengaruhi gaya
penulisan sastera dan berikan contoh.
(4 Markah)

d. Kedatangan Islam telah mencorak kehidupan baharu.
Berdasarkan pemerhatian anda, apakah pengaruh Islam yang
masih diamalkan di Negara kita.
(8 Markah)

2. Pernyataan berikut menunjukkan gelaran terhadap Khalifah Umar al-Khattab
Digelar Amirul Mukminin atau Panglima Agung Mukmin


a. Bagaimanakah cara perlantikan Khalifah Umar sebagai khalifah dan apakah perubahan yang dilakukan oleh beliau di dalam bidang politik?
(8 Markah)

b. Apakah perubahan-perubahan sosial, pertahanan dan ekonomi yang dilakukan semasa pentadbiran Khalifah Umar
(12 Markah)

JAWAPAN

Skema Jawapan Esei

F = Fakta
H = Huraian

Soalan 1

(a)
Fl Canton merupakan pusat perniagaan terkenal dalam iy kalangan pedagang Arab yang beragama Islam sejak abad ke-19 masihi. Hla Terdapat jalinan hubungan antara pedagang ini dengan peniaga China di negara China. Hlb Peniaga China yang berdagang ke Asia Tenggara telah menyebarkan Islam kepada masyarakat Asia Tenggara.

F2 Berlaku perpindahan beramai-ramai pedagang Islam yang ada di Canton atau Amoy ke Asia Tenggara pada tahun 876 M.

F3 Penemuan Batu Bersurat Terengganu membuktikan kewujudan sebuah kerajaan tua yang juga bergantung kepada perdagangan.

F4 Persamaan unsur seni bina di China dengan unsur seni bina pada masjid-masjid di kawasan seperti Melaka, Pulau Jawa, dan Kelantan. F5 Di Melaka, unsur seni bina China dilihat pada bentuk bumbung masjid.

F6 Sama dengan bentuk bumbung rumah ibadat China. F7 Terdapat pengaruh atap genting China. F8 Warna merah dan kuning pada kayu kepala pintu dan tingkap masjid.

(b)
Fl Sultan Acheh menggunakan semangat jihad. Hla Untuk melindungi kesucian Islam.
Hlb Daripada serangan Portugis.

F2 Masyarakat di Jawa bersatu teguh dengan prinsip- prinsip Islam.
H2a Menghalau penjajah Portugis dan Belanda.

F3 Ulama telah menyebarkan semangat jihad kepada rakyat tempatan Acheh melalui kitab mereka.
H3a Contohnya, Syeikh Nurudin al-Raniri dan Abdul Rauf
Singkel menegaskan ten tang kewajipan berjihad bagi setiap orang Islam.

H3a Mereka berpendapat bahawa sesiapa yang tidak berjihad akan berdosa besar.

H3b Syeikh Daud al-Pattani menegaskan kelebihan berjihad dalam kitab karangannya.

H3c Beliau mempengaruhi pelajarnya di Pattani menentang penjajahan Siam.

(C)

(i) Tulisan Jawi diperkenalkan

(ii) Menjadi tulisan rasmi dalam pentadbiran kerajaan Islam

(iii) Mengubah suai huruf Arab dalam al-Quran bagi menulis perkataan Melayu

- Kedatangan Islam meningkatkan mutu bahasa dan kesusasteraan Melayu

- Lahir sasterawan tempatan seperti Tun Sri Lanang, Syamsudin al-Sumaterani, dan Abdul Rauf Singkel

- Menjadi bahasa lingua franca

- Menjadi bahasa ilmu

- Menjadi lebih mantap apabila cerita-cerita panji yang ditulis dalam bahasa Jawa disampaikan dalam bahasa Melayu

- Banyak dipengaruhi oleh bentuk sastera Islam seperti syair, gurindam, nazam, dan cerita hikayat

- Fungsi sastera telah berubah daripada untuk berhibur kepada mengkritik

- Penggunaan bahasa Melayu dalam bidang perdagangan

- Menjadi bahasa perantaraan para pedagang dari Timur dan Barat

(D)
Fl Sistem pemerintahan berasaskan Islam.

F2 Institusi kesultanan masih diamalkan.
H2a Sultan dijadikan ketua negara.

F3 Mufti, kadi, bilal, pemungut zakat, dan khatib masih memainkan peranan penting dalam hal-hal keagamaan.

F4 Penggunaan gelaran sultan.

F5 Islam dijadikan agama rasmi.

F6 Undang-undang syariah digunakan untuk kes yang melibatkan orang Islam.

F7 Pendidikan Islam disebarkan.

F8 Bahasa Melayu menjadi lebih mantap.

F9 Cara hidup berorientasikan Islam. C9a Contohnya cara berpakaian, iaitu bertudung kepala dan bersongkok.

F10 Islam dijadikan sebagai ’ad-din’, iaitu satu cara hidup yang lengkap dan menyeluruh.

H10a Pengamalan konsep ummah diperluaskan.

H10b Sifat tolong-menolong, hormat-menghormati, dan bekerjasama menjadi budaya masyarakat Melayu.

Fll Pengaruh dalam kesenian Islam, contohnya seni khat, seni bina, dan tarian.



Soalan 2

(A)

- Dicadangkan oleh khalifah Abu Bakar al-siddiq ketika sakit
- Dipersetujui oleh para sahabat dan orang ramai
- Memperkenalkan dasar pentadbiran dan pelantikan pegawai
- Menubuhkan Majlis Syura. Dianggotai oleh wakil golongan Muhajirin dan Ansar
- Membahagikan jajahann takluk islam kepada beberapa wilayah
- Melantik wali atau gabenor sebagai ketua bertiondak sebagai pentadbir awam dan panglima tentera
- Menubuhkan jabatan seperti Jabatan Tentera, Jabatan Polis, Jabatan Percukaian dan Jabatan Perbendaharaan Negara
- Jabatan diketui oleh katib atau setiausaha
- Jabatan Kehakiman dipisahkan daripada jabatan lain
o Dibayar gaji 500 dirham

(B)

Sosial
- Dalam bidang pendidikan Khalifah Umar mengembangkan pengajaran al-Quran
- Menyediakan tempat pembelajaran di kawasan masjid
- Abu Sufyan dihantar untukmengajar orang Badwi di kawasan pedalaman
- Memperkenalkan kalendar islam
- Menjadikan tahun Hijrah sebagai titik permulaan pengiraan tahun Islam

Ekonomi
- membina terusan dan tali air untuk menambahkan lagi hasil pertanian
- empangan Abu Musa di Basrah dan Terusan AMirul Mukminin
- rakyat digalakkan meneroka tanah baru untuk pertanian
- ,mengusahakan tanah terbiar
- Mempekenalkan pelbagai jenis cukai
o Cukai jizyah dikenakan terhadap golongan zimmi
o Cukai kharaj dikenakan berdasarkan jenis tanaman dankesuburan tanah
- mendirikan baitulmal bagi mengawal aliran masuk pendapatan negara melalui sistem jizyah dan kharaj

No comments:

Post a Comment