I made this widget at MyFlashFetish.com.

Friday, April 10, 2009

Soalan dan jawapan Formatif 2

MAKTAB SULTAN ABU BAKAR
JOHOR BAHRU


UJIAN FORMATIF 2

TINGKATAN 4
SEJARAH

1 JAM

SOALAN INI MENGANDUNGI TIGA BAHAGIAN, JAWAB SEMUA SOALAN.

Disediakan Oleh:


Muhamad Khairul Anuar Hussin


Disahkan oleh:


Pn. Hjh. Normah bt Md Lazim
(Ketua Bidang Sains Kemasyarakatan)







BAHAGIAN 1

Kapak batu
Pisau batu
Pinggan mangkuk


1. Maklumat di atas berkaitan dengan perkara yang dikaji oleh ahli arkeologi. Perkara tersebut merujuk kepada:

A Feature B. artifak
C paleolitik D ekofak

Zaman Neolitik à Gaya
hidup masyarakat à Ciri-ciri

2. Antara berikut, yang manakah
ciri-ciri gaya hidup masyarakat
pada zaman tersebut?

I Menjalankan pertanian
II Membina kediaman sendiri
III Menjalankan penternakan
IV Mengutip hasil hutan

A I, II dan III
B I, II dan IV
C I, III dan IV
D II, III dan IV

3. Sumbangan terbesar tamadun
Mesopotamia ialah mencipta alat
pengangkutan. Antara alat
pengangkutan yang dicipta ialah

I kapal layar
II kenderaan beroda
III perahu berenjin
IV kolar kuda

A I dan II
B II dan III
C III dan IV
D I dan IV

Penciptaan kertas daripada pokok
papyrus telah memudahkan
penyimpanan segala khazanah
bangsa pada masa ini.

4 Antara berikut, tamadun manakah
yang menyumbangkan
sumbangan tersebut?

A Tamadun Mesir
B Tamadun Mesopotamia
C Tamadun Hwang Ho
D Tamadun Indus

5. Empayar Rom mengamalkan
kerajaan bercorak Republik
dalam sistem pemerintahannya.
Apakah cirri-ciri kerajaan republik
Rom?

I Konsul dibantu oleh Dewan
Senat
II Dewan Senat dianggotai oleh
golongan bangsawan
III Dua Konsul dilantik untuk
memerintah Negara,
menjamin kedaulatan dan
kebajikan rakyat.
IV Mahkamah undang-undang
berjuri ditubuhkan untuk
mengadili orang yang
melanggar undang-undang.

A I, II dan III
B I, II dan IV
C I, III dan IV
D II, III dan IV

6. Alexander The Great
bertanggungjawab menyebarkan
kebudayaan Hellenistik ke
empayarnya. Bagaimanakah
beliau menyebarkan kebudayaan
tersebut.

A Menyatukan mekadonia
Dan Yunani
B Membina Bandar baru seperti
Iskandariah dan Antioch
C Menghantar pelukis-pelukis
Mekadonia ke Mesir
D Menggalakkan perkahwinan
campur bagi tenteranya.

7. Konsep Confucianisme. Antara
berikut yang manakah bukan
prinsip moral yang ditekankan
dalam ajaran di tersebut?


A Kebijaksanaan
B Kesusilaan
C Perikemanusiaan
D Ketaatan kepada ibu bapa

8. Taoisme telah diasaskan oleh Lao Tzu dan Chung Tsu di China. Apakah falsafah penting ajaran ini?

A Semua individu adalah
jahat
B Manusia harus mengikut
perjalanan alam
C Peperangan dan
kebencian adalah
membazirkan
D Seseorang anak harus
menghormati ibu bapanya.

Julius Caesar telah menamatkan
sistem pemerintahan republic
dan membina empayar yang luas
di Eropah





9. Berdasarkan maklumat di atas, mengapakah kejayaan beliau dianggap sangat sukses?

A Empayar menggunakan
sistem pentadbiran
berpusat
B Mengasaskan sistem
demokrasi berparlimen
C Menyebarkan agama
Kristian ke seluruh Eropah
D Membina tembok besar
bagi melindungi empayar.




10. Penganut Hindu percaya akan Hukum Karma. Apakah yang dimaksudkan dengan karma?

A Kelahiran semula selepas
mati
B Keadaan yang menjamin
seseorang penganutnya
memasuki syurga
C Keadaan di mana
Seseorang penganut dapat
Berhubung dengan Tuhan
D Perbuatan seseorang
individu semasa hidupnya.

11. Tembok Besar Cina menjadi
salah satu daripada keajaiban
di dunia.
Tembok besar ini telah dibina
semasa pemerintahan

A Genghis Khan
B Maharaja Shih Huang Ti
C Maharaja Tang Tai Tsung
D Maharaja Han Wu Ti

12. Maharaja Asoka merupakan
pemerintahan empayar Maurya
yang terkenal kerana usaha-
usaha penyebaran agama
Buddha yang dilakukannya.
Antara berikut, yang manakah
merupakan usaha-usaha yang
dilakukan olehnya?

I Menindas rakyat yang tidak
mahu menerima agama
Buddha
II Menghantar mubaligh-
mubaligh Buddha ke luar
negeri
III Menulis ajaran-ajaran
Buddha pada tiang-tiang batu
di sepanjang jalan
IV Menubuhkan Majlis Agama
Buddha ke Pataliputra

A I, II dan III
B I, II dan IV
C I, III dan IV
D II, III dan IV


13. Apakah sumbangan penting
Maharaja Justinian dalam
bidang perundangan?

A Memperkenalkan undang-
undang Rom iaitu Hukum
Kanun 12
B Mengumpul, menyatukan
dan membukukan undang-
undang Rom
C Memnperkenalkan sistem
perundangan menggunakan
juri dan hakim bertauliah
D Membahagikan undang-
undang Rom kepada
undang-undang sivil

14. Apakah yang ditekankan oleh
tamadun Rom dalam bidang
pendidikan?

I Melahirkan rakyat celik huruf
II Membina lebih banyak
sekolah
III Aplikasi ilmu yang praktikal
IV Semangat setia kepada Rom

A I dan III
B II dan III
C III dan IV
D I dan IV

15. Ajaran Buddha merujuk kepada
3 amalan besar iaitu Empat
kebenaran mulia, Keharmonian
dengan alam sekitar dan X
X merujuk kepada?

A konsep Yin dan Yang
B lima jenis perhubungan baik
C lapan jalan dalam agama
Buddha
D menitikberatkan unsure kasih
sayang dan belas kasihan.


Tamadun India

Peranan X

Memberi nasihat dan membantu raja dalam pemerintahan dan pentadbiran

16. Berdasarkan maklumatdi atas,
X merujuk kepada

I Brahmin
II Vaisya
III Sudra
IV Ksyatria

A I dan II
B II dan III
C III dan IV
D I dan IV

Pelita tembaga dan tembikar Timur Tengah

Tembikar China Zaman Dinasti Tang

17. Artifak di atas dikaitkan dengan
peranan penting pelabuhan
Kedah Tua.

A Bahan artifak yang tahan lasak
dan berseni
B Wujud peranannya sebagai
pelabuhan entrepot
C Tembikar China mendapat
permintaan yang tinggi
D Kedah Tua pernah
menerima naungan kerajaan
China

18. Antara berikut yang manakah
barang dagangan utama antara
kerajaan maritim?

A Tekstil
B Beras
C Hasil hutan
D Tembikar

19. Antara berikut, pelabuhan
manakah yang menjadi kuasa
maritim di Asia Tenggara?

A Champa
B Kedah Tua
C Srivijaya
D Langkasuka

20. Candi Borobudur telah dibina
semasa pemerintahan Dinasti
Silendra. Apakah peranan
penting candi ini kepada
masyarakat tempatan?

I Memperlihatkan seni bina
Hindu Buddha
II Menggambarkan kemahiran
seni bina rakyat India
III Melambangkan kebesaran
agama Hindu Buddha
IV Melambangkan kekuatan
dan kegemilangan kerajaan

A I, II dan III
B I, II dan IV
C I, III dan IV
D II, III dan IV
BAHAGIAN II

1. Peningkatan tamadun manusia telah mendorong terbentuknya sistem perundangan yang diperlukan bagi mewujudkan keharmonian dan kestabilan dalam sesebuah Negara serta masyarakatnya.

a. Berikan DUA kepentingan undang-undang dalam tamadun Rom

(i) mewujudkan undang-undang yang adil yanpa sebarang diskrikinasi untuk menjamin kestabilan dan kesejahteraan masyarakat.

(ii) menyeragamkan undang-undang yang meliputi semua warganegara Rom atau kawasan jajahan takluknya

(2 markah)

b. Nyatakan TIGA prisip perudangan Rom yang masih diamalkan menjadi asas undang-undang pada masa kini.

(i) semua manusia adalah sama di sisi undang-undang

(iI) seseorang yang didakwa bersalah mestilah dijatuhkan hukuman


(iii) menghormati hak individu untuk mendapat perbicaraan yang adil

( 3 markah)

c. Berikan DUA kesan utama hasil daripada perlaksanaan Undang-undang Rom

(i) Menjadi asas kepada undang-undang moden masa kini

(ii) kebebasan individu dan hak asasi adalah terjamin untuk semua rakyat tanpa sebarang diskriminasi

(2 markah)






BAHAGIAN III

Jawab soalan berikut


1. Kerajaan Agraria dan Kerajaan maritim telah muncul di Asia Tenggara dan mempunyai kaitan yang sangat rapat.

a. Huraikan cirri-ciri kerajaan Agraria (10 markah)

- Penduduk agraria terutama yang tinggal di kawasan pedalaman menjalankan kegiatan mengumpul hasil hutan
- Pertanian merupakan asas ekonomi kerajaan
- Wujud di kawasan pedalaman iaitu di kawasan berbukit dan di lereng gurung berapi
- Padi merupakan tanaman utama yang diusahakan olehmasyarakat kawasan agraria di Asia Tenggara
- Kerajaan ini biasanya wujud di lembah-lembah sungai yang merupakan kawasan pertanian yang subur

b. Terangkan factor-faktor yang menyumbang kepada perkembangan kerajaan Srivijaya sebagai sebuah kerajaan maritim yang terulung di Asia Tenggara. (5 markah)
- Kerajaan Srivijaya yang muncul sejak abad ke-7-13 M terletak di pantai timur sumatera dan mengusai jalan perdagangan di selat melaka, laut jawa dan selat sunda
- Kebijaksanaan pemerintah menyusun sistem pentadbiran yang diambil oleh pemerintah Srivijaya dengan melantik seorang penyelia perdagangan
- Sistem pengurusan pelabuhan yang cekap dan sistematik serta sistem percukaian yang tidak membebankan pedagang
- Hubungan baik dengan India dan China telah menjamin keselamatan dan kemakmuran Srivijaya
- Kedudukan yang strategic telah berjaya mengusai sungai musi dansungai batang hari. Hal ini membolehkan hasil dari pedalaman dibawa ke pelabuhan
- Angkatan laut yang cekap telah menjamin keselamatan pedagang
- Dasar perluasan kuasa telah membolehkan srivijaya menguasai hasil-hasil dari negeri-negeri yang ditakluki seperti kedah Tua, kampar dan Jambi
- Banyak sumber kayu kayan yang membolehkan pembinaan kapal-kapal besar untuk tujuan perdagangan
- Unsur-unsur mitos digunakan untuk mengukuhkan kekuasaan raja-raja srivijaya contohnya sebagai jelmaan tuhan dan dikaitkan dengan konsep cakravatin
-
c. Berdasarkan pengetahuan sejarah anda, terangkan konsep saling bergantung di antara kerajaan agrarian dengan kerajaan maritimdi Asia Tenggara. (5 markah)
- Kerajaan maritime memerlukan kayu kayan yang baik dari agrarian di kawasan pedalaman untuk membina kapal
- Kerajaan agraria menjadi pembekal hasil pertanian dan hasil hutan kepada kerajaan maritim
- Beras pula menjadi barang dagangan utama antara kedua-dua kerajaan
- Kerajaan maritime memerlukan binatang seperti gajah (dari Burma dan Siam) untuk dijadikan kenderaan raja
- Kerajaan agraria mempunyai tenaga buruh seperti tukang kayu dan tukang batu yang mahir
- Kerajaan agraria bergantung kepada maritime untuk memperoloeh barangan mewah dari luar seperti China dan India
- Barangan mewah (tembikar China, Tekstil, barangan gelas/kaca dan manik) yang diperoleh itu menjadi sumber kekayaan dan keagungan kerajaan agraria

Thursday, April 2, 2009

Peperiksaan Formatif 2

Sila tekankan kepada bab 1 2 3 . 20 soalan objektif, 1 struktur dan 1 esei