I made this widget at MyFlashFetish.com.

Sunday, October 4, 2009

Soalan Popular Tingkatan 4 2009

Soalan Bab 3 Tamadun Awal Asia Tenggara

1) (a) Berdasarkan pengetahuan sejarah anda, senaraikan ciri-ciri kerajaan -
kerajaan Maritim.
[ 6 markah ]

(b) Apakah faktor-faktor yang mempengaruhi perkembangan Kedah Tua sebagai
Kerajaan Maritim di Asia Tenggara?
[ 9 markah ]

(c) Pada pendapat anda, mengapakah kerajaaan maritim perlu berbaik-baik dan
bekerjasama dengan kerajaan agraria?
[ 5 markah ]

Jawapan

Ciri-ciri kerajaan Maritim

- Kerajaan yang menjalankan kegiatan ekonomi berasaskan perdagangan / kelautan
- Menjadi ahli pelayaran / perkapalan
- Pelabuhannya mempunyai kedudukan yang strategik
- Terletak di lembah sungai/di kawasan pesisir pantai/di kepulauan
Contoh : Langkasuka (Sg. Yarang) / Kataha / Chieh-cha/ Kedah Tua (Sg. Merbok dan Sg. Muda), Chih-tu (Sg. Kelantan)/ Srivijaya (Sg. Musi)/ Mo-lo-yu(Sg. Batang Hari) / Kalah (Sg. Takuapa)/ Fo-lo-an (Sg. Terengganu)/ Peng-Keng (Sg. Pekan)/ dan Tiumah (Pulau Tioman).
- Kegiatan menangkap ikan/ mengumpul hasil laut.
- Berperanan sebagai pelabuhan awal/ Pembekal dan pengeluar bijih logam tempatan/emas dan timah/pembekal makanan
- Mempunyai pelabuhan yang berfungsi sebagai pelabuhan pembekal / pelabuhan kerajaan / pelabuhan entreport
- Pelabuhan yang lengkap dengan pelbagai kemudahan
- Pelabuhannya mempunyai kedudukan yang strategik
- Penduduknya terdiri daripada orang tempatan / orang laut / pedagang luar
- Penduduk menggunakan lebih daripada satu bahasa
- Bahasa Melayu sebagai bahasa perhubungan atau lingua franca
- Peranan Brahmin/Pendeta
Maks.

Faktor-faktor yang mempengaruhi perkembangan Kedah Tua sebagai kerajaan maritim di Asia Tenggara

-Kemunculannya mempunyai kaitan dengan kerajaan Srivijaya
-Menjadi pelabuhan entreport sejak abad ke-5 M
-Pelabuhan dan kerajaan tertua / sebelum Melaka
-Pusat agama Buddha-Hindu di Candi Batu Pahat, Lembah Bujang
-Berfungsi sebagai pelabuhan pembekal
-Kekayaan hasil hutan seperti damar, rotan
-Pengeluar bijih logam seperti timah dan emas
-Mendapat status pelabuhan kerajaan apabila wujud kerajaan
-Terdapat Gunung Jerai yang menjadi panduan kapal pedagang
-Kedudukannya yang strategik di Selat Melaka
-Menjadi kawasan perdagangan strategik kerana laluan perdagangan di antara China dan India
-Jalin hubungan dagang dengan kerajaan besar iaitu China dan India
-Terlindung daripada tiupan angin monsun
-Adanya kemudahan menyimpan barang dagangan
-Banyak barang dagangan dari luar seperti kain kapas, sutera, teh,


Faktor-faktor kerajaaan maritim perlu berbaik-baik dan bekerjasama dengan kerajaan agraria
-Kerajaan Agraria membekalkan :
-Tenaga kerja
-Sumber makanan utama/beras
-Hasil hutan
-Bahan kayu yang baik untuk membuat kapal
-Gajah untuk kenderaan raja
-Tukang kayu -
-Tukang batu


Kerajaan Maritim :
-Memasarkan barangan mewah dari negara luar seperti China dan India kepada kerajaan agraria
-Barang mewah sebagai sumber kekayaan kerajaan agraria
-Barang mewah sebagai keagungan kerajaan agraria


Kerajaan Bani Abbasiyah telah terbentuk pada tahun 750 Masihi dan mencapai kegemilangan pada abad ke-9 Masihi. Zaman ini telah memperlihatkan peranannya sebagai pusat intelektual dan keilmuan yang telah menyumbang kepada perkembangan ketamadunan dunia secara keseluruhannya.


(a) Kejatuhan Kerajaan Bani Umaiyah telah membawa kepada
terbentuknya Kerajaan Bani Abbasiyah.
Jelaskan. [ 6 markah ]

(b) Terangkan sumbangan kerajaan ini dalam bidang keilmuan.
[10 markah ]

(c) Pada pandangan anda, apakah usaha yang harus dilaksanakan oleh Malaysia untuk menjadi pusat kecemerlangan ilmu? [ 4 markah ]

Jawapan


Kejatuhan kerajaan Bani Umaiyah membawa kepada terbentuknya kerajaan Bani Abbasiyah
-Berlaku penentangan pada peringkat akhir pemerintahan kerajaan Bani Umaiyah
-Orang Islam bukan keturunan Arab menganggap mereka didiskriminasikan
-Mereka tidak mendapat jawatan
-Mereka dikenakan kadar cukai yang tinggi
-Mereka menyokong dan menyertai gerakan Abbasiyah menentang kerajaan Bani Umaiyah
-Khalifah Bani Umaiyah telah mengabaikan tanggungjawab terhadap rakyat
-Khalifah Bani Umaiyah juga mengabaikan ajaran Islam
-Pemilihan khalifah mengikut sistem warisan telah ditentang


Sumbangan kerajaan Bani Abbasiyah dalam keilmuan
-Kota Baghdad berperanan sebagai pusat intelektual
-Keilmuan berkembang
-Kegiatan penulisan berkembang
-Kegiatan penterjemahan karya asing ke dalam bahasa Arab
-Dibina baitulhikmah/perpustakaan
-Kegiatan utama penterjemahan karya falsafah/sains daripada bahasa Yunani
-Bahan penulisan tamadun lain disimpan/dikaji oleh cendekiawan Islam
-Perkembangan kegiatan penulisan
-Dilakukan mengikut tiga tahap
-Tahap pertama mencatat segala idea/percakapan
-Tahap kedua mengumpul idea yang serupa/hadis Nabi Muhammad s.a.w. ke dalam sebuah -buku
-Tahap ketiga peringkat mengarang
-Segala catatatan diatur ke dalam bahagian/bab tertentu
-Terdapat pemisahan antara ilmu tafsir/ilmu sirah dan ilmu hadis
-Peranan/penglibatan golongan ulama dalam penulisan
-Ulama menyusun hadis
-Ulama menghasilkan tulisan dalam pelbagai bidang/fikah/ tafsir/sejarah


(B) Melahirkan ulama terkenal
-Imam Malik (menyusun buku al-Muwatta’)/Ibn Ishaq(penyusun sejarah hidup Nabi Muhammad s.a.w.)/Abu Hanifah
(Penyusun fikah dan pendapat ijtihad)/Imam Abu Hanifah/
Imam Malik/Imam Syafi’i/Imam Ahmad Hanbal
-Cendekiawan Islam mencipta/membuat pembaharuan terhadap karya yang diterjemahkan
-Karya dihuraikan/dibuat penambahbaikan
-Dimuatkan keterangan/ulasan
-Berbakti kepada kebudayaan/ketamadunan dunia
-Memelihara warisan ilmu daripada lenyap
-Mempertingkat kegiatan penyelidikan
-Hasil kajian sarjana Islam digunakan di Eropah
-Hasil kajian telah diterjemahkan ke dalam bahasa asing
--Melahirkan cendekiawan Islam/sains
-Ilmu perubatan/Zakaria al-Razi/Ibn Rushd/Ibn Sina
-Mendedahkan kepentingan perubatan klinikal
-Menghasilkan lebih 20 karya/kitab Al-Hawi/ensiklopedia perubatan
-Menterjemah karya Galen/ahli perubatan Greek
-Bidang kajian perubatan/farmasi/Al-Zahrawi
-Bidang matematik dan astronomiAl-Khawarizmi/ al-Battani/
-Abu Ishaq al-Biruji/al-Bitruni/Ibn Rushd
-Melahirkan cendekiawan/tokoh-tokoh pemikir
-Bidang politik/undang-undang
-Menghasilkan karya penting
-Penulisannya digunakan di Barat
-Tokoh Al-Farabi/al-Miskawayh/al-Mawardi
-Bidang ilmu mantik/falsafah
-Memberi kesan terhadap perkembangan ilmu usuluddin/falsafah sains/pemikiran kritis/kesedaran agama
-Tokoh Ibn Sina/al-Kindi/Fakhr al-Din/al-Razi/Ibn al-Arabi/Ibn Rushd/Imam Ghazali


(C) Usaha yang harus Malaysia lakukan untuk menjadi pusat kecemerlangan ilmu
-Menggalakkan kegiatan penterjemahan
-Menggalakkan kegiatan penulisan
-Memajukan kegiatan penyelidikan/R&D
-Melahirkan ramai tokoh pemikir/cendekiawan/intelektual dalam pelbagai bidang ilmu
-Meningkatkan jumlah pelajar luar negara/antara bangsa menuntut di IPT negara
-Memajukan prasarana pendidikan bertaraf dunia
-Menganjurkan banyak seminar/konvensyen berkaitan ilmu bertaraf antara bangsa
-Mencapai kualiti pendidikan setanding negara maju

Soalan Kedah


Faktor utama yang membolehkan kerajaan Angkor menjadi sebuah kerajaan agraria yang kuat ialah kedudukannya yang berhampiran dengan Tasik Tonle Sap.
(a)
Jelaskan kepentingan Tasik Tonle Sap kepada kerajaan Angkor. [6 markah]

Jawapan
-Mengawal banjir -Menampung limpahan air banjir Sungai Mekong -Tanah yang subur - mendapan lumpur yang subur pada musim kemarau -Menampung keperluan makanan penduduk yang ramai -Membekalkan sumber protein / ikan air tawar -Punca bekalan air -Membekal sumber air minuman -Membekalkan air untuk terusan / sistem pengairan -Punca air untuk mengairi sawah / kawasan pertanian -Iklim panas dan lembab / suhu yang sederhana

(b) Terangkan aktiviti ekonomi masyarakat agraria. [8 markah]

-Pemungutan hasil hutan
-Kayu gaharu / kapur barus / tanduk / gading / damar / kayu cendana / buah-buahan
-Sarang burung dari gua
-Pemungutan hasil sungai / paya
-Menangkap ikan
-Mendapatkan kulit kura-kura
-Menghasilkan pelbagai jenis rempah
-Cengkih / lada hitam
-Tanaman padi
-Padi sawah / padi huma
-Menanam tanaman sampingan
-Tanaman jagung / pisang / keledek / sayur-sayuran
-Penternakan
-Lembu / kerbau / kambing / ayam
-Pemasaran lebihan hasil pertanian
-Jual kepada masyarakat bandar / penduduk maritim

(c) Sebagai generasi muda, bagaimanakah anda boleh membantu meningkatkan hasil pertanian negara? [6 markah]

-Meningkatkan ilmu di bidang pertanian
-Banyakkan bacaan berkaitan pertanian
-Memilih subjek berkaitan pertanian sejak di sekolah / Sains Pertanian
-Minat memilih jurusan berkaitan teknologi pertanian di pusat
-pengajian tinggi / jurusan untuk manfaat pertanian
-Membeli hasil produk berasaskan hasil pertanian tempatan
-Persepsi tentang pertanian adalah perniagaan
-Positif terhadap hasil pertanian tempatan
-Menggalakkan rakan-rakan membeli barangan keluaran tempatan
-(Mana-mana jawapan munasabah


Kemunculan kerajaan Islam yang bermula dengan kerajaan Islam di Madinah telah memberi kesan yang amat mendalam kepada perkembangan ketamadunan dunia secara keseluruhannya.
(a) Huraikan sumbangan kerajaan Bani Abbasiyah dalam perkembangan bidang ilmu pengetahuan. [8 markah]



F1 Penubuhan baitulhikmah
H1a sebuah institusi keilmuan
H1b diasaskan oleh Khalifah Harun al-Rasyid
H1c berkembang luas pada zaman pemerintahan Khalifah al-
Makmum
H1d kegiatan utama ialah penterjemahan karya falsafah dan sains
H1e terutama dari bahasa Yunani
F2 Kegiatan penulisan
H2a dilakukan mengikut tiga tahap
H2b pertama, mencatat segala idea atau percakapan
H2c kedua,mengumpul idea yang serupa
H2d mengumpul hadis Nabi Muhammad s.a.w kedalam sebuah buku
H2e ketiga, mengarang
H2f usaha terakhir lebih teliti / segala yang dicatat itu diatur ke dalam bahagian dan bab tertentu / serta berbeza antara satu sama lain
F3 Penglibatan golongan ulama dalam penulisan
H3a menyusun hadis
H3b menghasilkan tukisan dalam bidang fikah, tafsir, dan sejarah
C3a Imam Malik (penyusun buku al-Muwatta’)
C3b Ibn Ishaq (penyusun sejarah hidup Nabi Muhammad s.a.w)
C3c Abu Hanifah (penyusun fikah dan pendapat ijtihad)
C3d Imam Syafi’i
C3e Imam Ahmad bin Hanbal
H3c Pemisahan antara ilmu tafsir, ilmu sirah ( sejarah hidup Nabi
Muhammad s.a.w ) dan ilmu hadis
F4 Usaha penterjemahan
H4a daripada bahasa Sanskrit, Suriani dan Yunani
H4b mencipta dan membuat pembaharuan dalam karya yang
diterjemah kan ke dalam bahasa Arab
H4c menghurai dan membuat penambahbaikan terhadap karya
Tersebut
H4d memuatkan keterangan dan ulasan yang sangat bernilai dan besar
ertinya
F5 Berbakti kepada kebudayaan dunia
H5a memelihara warisan ilmu daripada lenyap atau terkubur
H5b menerima hasil penulisan pada masa Eropah dilanda Zaman
Gelap
F6 Penubuhan pusat pengajian tinggi
H6a mempertingkatkan lagi kegiatan penyelidikan
H6b terdapat hasil kajian sarjana Islam yang telah sampai ke Eropah
H6c sejumlah kajian diterjemahkan ke dalam bahasa asing
H6d bermula arus yang membawa kepada kebangkitan Eropah

(b) Apakah pembaharuan yang diperkenalkan oleh kerajaan Turki Uthmaniyah dalam bidang perundangan dan pendidikan? [7 markah]
Jawapan



Perundangan
F1 Sistem perundangan yang mempertahankan dan membela nyawa/
Harta/ kehormatan setiap individu
F2 tanpa mengenal bangsa dan negara
F3 Undang-undang dikenali sebagai Kanun Suleiman
F4 diperkenalkan oleh Suleiman 1
F5 Mewujudkan sistem organisasi/ pentadbiran perundangan Islam
F6 Memperkenalkan jawatan Kadi dan Mufti
F7 Memperkenalkan jawatan Sheikh-ul-Islam / Ketua Ulama
F8 untuk mengeluarkan fatwa

Pendidikan
F8 Sistem madrasah
F9 Sekolah pengetahuan akademik
F10 Sekolah sastera
F11 Maktab tentera
F12 Maktab teknik
F13 Kolej perubatan
F14 Penulisan ensiklopedia
F15 Penubuhan perpustakaan di masjid, hospital dan rumah
F16 Ilmu senibina / senibina masjid

(c) Mengikut pendapat anda, apakah peranan pihak kerajaan dalam memajukan bidang pendidikan di negara kita? [5 markah

JAWAPAN


F1 Memberi galakan berbentuk ganjaran
F2 Membina lebih banyak sekolah
F3 Membina prasarana pembelajaran disekolah dan diluar
F4 Membina perpustakaan yang lengkap
F5 Mewajibkan pendidikan
F6 Mengadakan pertandingan rekacipta
F7 Membina lebih banyak pusat pengajian tinggi
F8 Menghantar pelajar cemerlang menuntut di luar negara
M (mana-mana jawapan yang munasabah)