BAB 2 : PENINGKATAN TAMADUN
Latar Belakang Tamadun
Peningkatan tamadun bermaksud penggunaan pemikiran manusia untuk mengawal dan guna alam sekitar – bawa kehidupan yang lebih maju dan kompleks – selain dapat kemahiran bagi hasilkan idea baru serta kemajuan menerusi aspek poltik, ekonomi dan sosial.
· Tamadun Yunani
Greece – Laut Aegean dan Mediteranean
Negara Kota atau polis . Gabungan beberapa buah kampung 1000 – 800 sm.
Setiap kota ada ibu kota dikelilingi pertanian .Dalam kota : pasar, kubu, kuil, dan istana.
Kota yg menonjol Athens, Sparta, dan Corinth. Lain corak pentadbiran dan Tuhan.
Setiap kota @ Polis ada ibu kota – Acrapolis ada bangunan kerajaan dan tempat keagamaan.
Agora tempat mesyuarat dan pusat ekonomi.
· Tamadun Rom
Bukit Palatine dekat Sg Tiber, Lembah Latium- masyarakat Latin
Wujud Majlis Perbandaran - 2SM Perintah sendiri. Perancangan bandar terancang ada bekalan air, sistem pemanas, rumah ibadat, teater, sarkas berdialog (forum ), rumah mandi awam dan istana.
Bandar pemerintahan – Pompei ada pejabat, dewan, pintu gerbang, kedai, dan colleseum – tempat pertandingan pahlawan Rom
80m 50000 penduduk. Saliran air bawah tanah 165 km libat 14 terusan. Tujuan bekalan harian, perindustrian dan pengangkutan.
· Tamadun India
Asas kecemerlangan Tamadun Indus terdahulu yg musnah oleh orang Aryan.
Tahap baru dikenali Zaman Vedik asal dari kitab Veda – lahir agama Hindu. Beralih di Lembah Ganges.
Pemerintah oleh Raja. Dua kerajaan Janapada ( kerajaan kecil ) dan Mahapada ( kerajaan besar )
Chadradupta Maurya satukan kerajaan kecil. 321 sm wujud empayar pertama – Dinasti Maurya. Kemuncaknya dalam pemerintahan Asoka.
· Tamadun China
Lembah Hwang Ho dan Selatan Cina. Bermula dengan Dinasti Chin – Mula meningkatkan tamadun terdahulu
Dinasti Chin 221 – 206 sm. Shih Huang Ti pengasasnya – wujudkan empayar hingga Sg. Merah di Vietnam. Pemerintahan kerajaan pusat . Penuh penaklukan dan peperangan
Faktor Peningkatan
Dapat dilihat melalui aspek Politik, Ekonomi, dan Sosial.
1. Politik : Kerajaan, pemerintahan, pentadbiran, undang-undang, peluasan kuasa
2. Ekonomi : Pertanian , Perdagangan, Penghasilan barangan, sistem ekonomi.
3. Sosial : Pendidikan, Falsafah, Bahasa dan Kesusasteraan, seni bina, sistem sosial, dan sains dan teknologi.
Pemerintahan dan Pentadbiran
· Tamadun Yunani
1. Negara kota, Sistem Monarki , oligarki, aristokrasi, diktator atau tirani, demokrasi
2. Sebelum demokrasi , Athens amalkan sistem beraja – dibantu oleh konsul – golongan kaya.
3. Raja beperanan sebagai ketua negara dan kerajaan, ketua hakim, ketua tentera, dan ketua agama.
4. Bila konsul kuat peranan tersebut merosot. Wujud sistem Raja dipilih dengan kuasa terhad.
5. Beberapa orang konsul wujudkan oligarki. Lahirkan juga golongan aristokrat – ada kuasa besar – Aristokrasi. Rakyat tidak puas hati – rampas kuasa wujud diktator / tirani – biasanya dari golongan tentera . Ditentang aristokrat wujud demokrasi
6. Demokrasi wujud Dewan Perhimpunan dan Majlis. Di Athens sahaja. 3000 tahun.
7. Lelaki Athens berpeluang jadi ahli – 6 bulan hingga 1 tahun.
8. Dewan Perhimpunan bersidang 3 kali setahun. Bincang dasar kerajaan. Keputusan Dewan dilaksanakan Ahli Majlis dilantik Dewan Perhimpunan. Begitu juga Magisterit dan Juri.
· Tamadun Rom
Bermula sistem beraja 773 sm. Secara mutlak ketrunan Etruscan bukan latin tempatan. Tidak disenangi msyk Latin tempatan. Menentang bersama bangsawan ( Partrician ). Wujud Republik.
Republik – tiada kuasa mutlak. Kuasa tertinggi 2 org Konsul. Dilantik Senat utk tempoh tertentu. Senat di wakili bangsawan. Bantu Konsul.
Sebelum ahli senat jadi konsul, dia ialah Praeotor – pemerintah tentera.
Bawah Senat – Dewan Perhimpunan – wakili semua rakyat Rom. Keputusan Senat di serah ke Dewan Perhimpunan utk kelulusan.
Berubah dalam zaman Julius Ceasar. Wujud pemerintahan berpusat – Empayar . Takluk Macedonia, Yunani, Syria, Mesir, Perancis, Britain, dan beberapa wilayah Jerman. – Jadi Diktator.
Kuasai tentera dan senat – guna gelaran Maharaja. – Diteruskan oleh Augustus 27 – 14 sm. Bawa keamanan dan keagungan. Kekal 200 tahun – Digelar Pax Romana – Tiga Benua. – Asia, Afrika dan Eropah.
· Tamadun India.
Awal pembukaan 600 – 320 sm – ada dua kerajaan kecil dan besar. Kecil tiada raja dan berpuak. Besar diketuai Raja set kerajaan Kashi, Kosala, dan Magadha. Raja kuasa mutlak. Diperkukuhkan upacara ritual. Raja suci dan harus dihormati. Brahmin penasihat Raja, kemudian Kesatria. Wujud kasta.
Raja bertukar jadi Maharaja bila Maurya satukan jadi empayar 321 – 185 sm. Meliputi Teluk Benggala hingga Pergunungan Hindu Kush. Ibu negara Pataliputra.
Zaman kegemilangan 273 – 232 sm. Dapat tamatkan perang saudara selepas bapanya mati : Bindusara, dan takluk Kalinga.- Perang Kalinga 150 ribu cedera, 100 ribu mati. Asoka peluk Budhha. Amalkan keamanan dan kedamainan. Sebar lalui agama Budhha.
Wujudkan Birokrasi pentadbiran.
· Tamadun Cina
Raja bertukar jadi Maharaja – wujud empayar dan peluasan kuasa. Ubah sistem Feudal. Pemerintahan berpusat.
Dinasti Chin 221 – 206 sm. Pemerintahan berpusat bentuk Birokrasi awam – pegawai dilantik Maharaja – di kalangan rakyat melalui jawatankuasa : Hon Kao Tsu. Lantikan atas pencapaian dalam peperiksaan awam. Mula Dinasti Han
Tokoh penting Shih Huang Ti.
Perundangan
· Tamadun Yunani
1. Dewan Perhimpunan gubal undang. Plato bukunya Republic – kepentingan undang-undang.
· Tamadun Rom
1. Undang-undang pertama – Hukum Kanun 12 – dipahat pada Papan Dua Belas. Dipamer di tempat awam.
2. Maharaja Juntinian – satukan undang-undang yang banyak : Kod Undang-Undang Rom atau Kod Undang-Undang Justinian– 527 m.
· Tamadun India
1. Berdasark kitan Dharma Sastra – Undang-undang tua Hindu – 6 atau 2 sm.
2. Raja bertanggungjawab jaga kesucian. Brahmin yang mahir kerana ada kaitanm dengan agama.
3. Zaman Maurya – undang-undang melalui titah raja. Diukir pada batu : Tiang Asoka. Berkonsep keadilan dan kesjahteraan rakyat.
· Tamadun Cina
1. Berteraskan 2 prinsip: Hukuman Berat dan Bercorak Kolektif. Berdasarkan falsafah Legalisme. Digubal Han Fei Tzu – Dinasti Chin , seorang ahli falsafah.
2. Ciri-ciri undang-undang: tidak harus wujud belas kesihan, perlu dipelihara. Sebab itu raja mesti ada kuasa utuh.
3. Bertentangan dengan falsafah undang-undang Conficius. Tekanan raja perlu ada perkara baik dan jaga harmoni manusia dan masyarakat.
· Kesimpulan
· Aspek ini memperlihat perkembangan dan peningkatan dalam corak pemerintahan dan undang-undang serta pelaksanaan.
· Juga perkembangan ahli pemikir dengan falsafahnya. Socrates, Plato, Aristotle, Confucius, Han Fei Tzu
· Tamadun Yunani
1. Bermula 800 sm. Zaman Raja Philip II , Macedonia dan Yunani disatukan. Diteruskan anaknya Alexander The Great.- menguasai Parsi, Mesir, Turkistan, dan Samarkand serta seluruh Mediteranean.
2. Sebarkan budaya Hellenistik – campuran budaya Yunani, Parsi dan kaw.Timur lain.
3. Tersebar : di Syracuse, Itali, Iskandariah, dan Antioch. Empayar berakhir dengan kematian Alexander.
· Tamadun Rom
1. Mula 27sm pd zaman Augustus Caesar. Empayar berdasarkan Republik warisan. Lain sebelumnya.
2. Meliputi – Britain, Sepanyol, kaw. Sungai Rhine, Danube, Laut Hitam, Pergunungan Atlas, Afrika Utara, Macedonia, Sebahagian Turki, dan Palestine.
· Tamadun India
1. Berlaku dalam Dinasti Maurya – Mula zaman Chandargupta Maurya 321 – 292sm.
2. Sebab Berjaya – ada tentera yang besar : 600 gajah, 1000 org tentera berkuda, dan 10000 infrantri.
3. Meliputi India Utara, Punjab, Seleceus yg perintah Seleciud di Syria dan India Barat.
4. Bindusara – anaknya luaskan hingga ke Mysore, Selatan India.
5. Asoka anak Bindusara ubah cara peluasan kuasa. Lebih lembeut tidal kekerasan tentera. Penggunaan agama Budhha. Berjaya kuasai Seluruh India selepas Perang Kalinga.
· Tamadun Cina
1. Wujud semasa Dinasti Chin – Shih Huang Ti perintah autokratik – tegas dan mutlak. Satukan kerajaan kecil, Hapuskan kuasa bangsawan dan lantik gabenor serta pegawai tentera untuk tadbir. Bina Tembok Besar Cina cara pertahan wilayah.
2. Chin jatuh ganti dengan Dinasti Han. Maharaja Tentera @ Han Wu Ti luaskan – ke SinKiang, Lembah Tarim dan Tutor di Utara, Yang Tze, Kwangsi, dan KwanTung. Akhir pemerintahan ke Jepun dan Turkistan.
3. Guna kuasa tentera yang besar dan kuat serta kekerasan.
· Kesimpulan
· Pengembangan wilayah, kuasa tentera, Dinasti, dan cara peluasan : Kekerasan , Agama dan terbuka.
Peningkatan Ekonomi
Kegiatan ekonomi awal – bercucuk tanam, ternak, dan hasil barangan – sara diri.
Peningkatan tamadun – ekonomi komersil – lebihan pengeluaran – perdagangan – tukar barang @ barter.Wujud barangan tembikar, peralatan memotong daripada logam, dan perhiasan.
· Tamadun Yunani
1. Semua negara Kota kecuali Sparta sebab muka bumi tidak subur – gunung-ganang,.
2. Kawasan lain wujud peningkatan perdagangan lalui jalan laut seperti dengan Mesir, Syria dan Phoenecia.
3. Kurang tanah , Athens dan Corinth kurang makanan. Dibawa dari luar. Athens dapat dari Selatan dan Laut Hitam. Jadi pusat pengumpulan barangan dari timur.
4. Perdagangan kena cukai – rakyat lari ke tempat lain spt Alexandria pada zaman Graeco-Roman 300sm.
· Tamadun India
1. Pesat berkembang pada 3SM. Libatkan perdagangan dalaman dan luaran.
2. Pusat perdagangan – Anga, Kalinga, dan Karusa. Hasilkan senjata, gading , emas, berlian dan mutiara.
3. Hubungan dagang antara Maurya dengan Rom, Macedonia, Sri Lanka, Asia Tengah, Asia Tenggara – alam melayu sejak 100 M- jual rempah, gading, besi, dan bedak wangi. Tekstil, tembikar, barang kaca, dan minyak wangi dari China. Bentuk Perdagangan Maritim.
4. Pelabuhan penting : Tamralipti, Ghantasala, Kadura di Timur , Broach, Chaul, Kalyan, dan Cambay di bhg Barat.
5. Wujud persatuan dagang dan perusahaan : Sresthin di setiap bandar. Spt. Persatuan tukang kayu, kulit, dll. Matlamat untuk: kawal harga, kualiti barangan dan gaji pekerja.
6. Wujud undang-undang bagi kawal persatuan diawasi Raja.
7. Mata wang digunakan. Zaman Gupta wang emas. Bukti ada dasar kewangan dan ekonomi yg sistematik.
8. Perkembangan dagang Maurya disokong dengan perusahaan tekstil, Kain Kapas, dan sutera. Sutera di Benares dan Bengal. Perdagangan lain - Emas, mutiara , batu permata, pertanian dan buah-buahan..
9. Cukai ada – untuk sara tentera, pentadbir, dan raja.
· Tamadun China
1. Pesat – Dinasti Shang. Pencapaian dalam pertanian, perdagangan dalam negeri dan maritim, perusahaan dan pembentukan persatuan perniagaan – muncul kelas pertengahan.
2. Bidang pertanian ; Dinasti Han - perkenalkan batas tanaman, kolar kuda tarik tenggala, kereta kuda, kereta sorong beroda, dan penyisir tanah.
3. Zaman Dinasti Tang, Song, Yuan, Ming dan Ching – cipta alat pertanian, sistem tanaman secara bergilir untuk suburkan tanah, Bukit ditereskan – Dinasti Shang, Sistem pengairan spt terusan – pertanian terkawal dan pengawalan banjir .
4. Perusahaan logam dan tembikar sejak Dinasti Han.
5. Didagang ke Alam Melayu, India, Timur Tengah, dan Barat. Lalui Jalan Sutera Darat, dan Jalan Laut mulai Dinasti Tang. Kepesatan berkembang dengan adanya jalan raya, jambatan, dan alat pengangkutan seperti kereta kuda dan kereta lembu.
Peningkatan Sosial
Meliputi aspek pendidikan, falsafah, kesenian, kesusasteraan, seni bina, sistem sosial serta sains dan teknologi
Pendidikan
· Tamadun Yunani
Di Athes lahirkan manusia seimbang dari sudut rohani dan jasmani. Manusia cemerlang penuhi tuntutan mental dan fizikal.- sumbang kesejahteraan kehidupan manusia. Lahirkan tokoh spt: Thucidides dan Herodutus. Pusat Cendekiawan Yunani dlm. Zaman Pericles. Penulis Sains dan teknologi – Thales, Anaximandez, Heraclitus, dan Anaxagoras.
Tumpuan pada pendidikan, sukan, muzik, kesusasteraan, seni berpidato, membaca, menghafal, dan menulis.
Sparta – pendidikan lahirkan warganegara tentera yang sempurna, gagah, dan setia kepada negara kotanya.
Pentingkan latihan fizikal dan kemahiran senjata.
Perkembangan bila banyak sekolah didirikan di Athens, Thebes, Elea,dan Miletus.
· Tamadun Rom
Menekankan ilmu praktikal dan semangat setia kepada Rom. Terkenal dengan penyediaan infrastruktur dan kemudahan yang beri kesejahteraan hidup.
Peringkat awal banyak tiru Yunani. Pusat pendidikan lahirkan jurutera , ahli falsafah, dan sejarawan. Dapat membina sistem pengairan, bangunan, jalan raya dan penulisan kegemilangan Rom.
· Tamadun India
Bermula Zaman Vedik. Pentingkan keagamaan dan agama Hindu. Didominasi lelaki. Tumpuan pada pengkajian kitab Veda dan penggunaan bahasa Sanskrit. Kaedah, hafalan.
Berteraskan Hindu dan Budhha untuk sediakan manusia selepas mati. Pendidikan tinggi – Kolej Brahmin – 100SM. Sebelumnya di idtana dan di rumah. Abd 4 M – Universiti Budhha: Nalanda.
Untuk capai taraf Brahmin – hafal kitab veda kandungan: ritual, mantera, dan lagu agama. Juga belajar saintifik dan falsafah. Telah tingkatkan ilmu sains.
Zaman seterusnya – untuk tambahkan ilmu dan atasi buta huruf, dan dapatkan jawatan awam..
· Tamadun China
Hargai pendidikan, perniagaan, dan kesusasteraan. Matlamat lulus peperiksaan awam – yang tertua di dunia.
3 peringkat – pendidikan rendah, menengah, dan tinggi. Rendah – tumpukan kegiatan mengenal dan hafal ideogram dan 9 buku suci tanpa faham maknanya. Menengah – karangan dan sastera. Tinggi – terjemahkan kitab suci.
Kepentingan – utk pentadbiran. Peperiksaan awam 3 tahap. 1- Hsiu Tai : setaraf ijazah pertama di daerah , lulus jadi pegawai kerajaan, dua kali dalam 3 tahun, 2 - Chun Jen : sarjana di ibu kota daerah, 3 tahun sekali, dan 3 – Chin Shih : Doktor Falsafah di ibu kota empayar hadapan maharaja, lulus jadi pendidik, 3 tahun sekali
.
Falsafah
Ramai ahli falsafah menunjukkan kemajuan dalam ilmu – Guna akal cari jawapan yang logik untuk selesai masalah kehidupan manusia.
· Tamadun Yunani
Ahli falsafah : Herodotus, Socrates, Plato, Aristotle, Thucydides, Zeno. Isu utama – individualisme, kehidupan manusia, dan demokrasi.
Karya: Herodotus – History of Persian Wars, bapa sejarah.Thucydides – pengasas sejarah saintifik, tulis secara penyelidikan – Peloponesian Wars.
Karya Plato – Republic – negara baik diperintah oleh ilmuan dan ahli falsafah.
Aristotle – Guru kepada Alexander The Great – bincang cara berfikir yang teratur.
· Tamadun Rom
Kurang ahli falsafah – guna pengaruh Yunani spt Zeno – Falsafah Stoik @ Stoisisme. Bincang kebagiaan hidup dan nasib seseorang bergantung pada alam.
· Tamadun India
Falsafah tertua. 2 bentuk pemikiran besar : 1 – Berseumberkan Veda, 2 – Menolak kitab Veda.
Veda ada tiga – Rig Veda, Yajur Veda, dan Atharva Veda. Sumber falsafah dlm. Eda – Upanishad 700 – 600SM , Mahabaratta, dan Bhagavad. – Falsafah Bersumberkan Veda
Falsafah tolak Veda ikut ajaran carvaka, Janinisme, dan Buddhisme.
· Tamadun China
Beri penekanan pada hal hubungan manusia dengan manusia lain.
Ahlinya: Kung Fu Tze @ Confucius – Confucianisme. Loa Tze – Toaisme. Mo Tzu @ Motze@ Mencius tolak beberapa ajaran Confucius. Fikir cara lahirkan masyarakat yang baik. Baik buruk ahklak manusia bergantung pada alam sekitarnya.
Falsafah legalisme – undang-undang dapat wujudkan nilai baik dan ketertiban masyarakat.
Sains dan Teknologi
Berlaku dalam bidang Matematik, Astronomi, Perubatan dan Teknologi pembuatan perahu dan kertas. Dipengaruhi dengan teknologi dalam Tamadun Mesir Purba dan Babylon. Perkembangan ilmuan ini dikembang secara kolektif dalam semua tamadun.
· Tamadun Yunani
Ilmuan :- Thales – matematik – ilmu geometri Mesir Purba, Phytogaras – Teorem Phytogras – ilmu geometri Mesir Purba dan Babylon.
Hippocrates – Bapa perubatan , Archimedes – ahli matematik dan fizik – teori isi padu air dan graviti. Ptolemy – astronomi Yunani.
· Tamadun Rom
Boethius – ahli matematik – asas matematiknya diambil dari Yunani. Kaitkan dengan muzik, geometri, dan astronomi.
· Tamadun India
Cabang pengetahuan Vedik. Pengetahuan astronomi ada dalam Rig Veda. Ilmu matematik wujud zaman Gupta. Ahli matematik India tekah tahu konsep geometri. Perkenalkan sistem nombor – angka Brahmin dibaca dari kiri ke kanan, dan angka Kharosti – wujud dalam zaman Asoka. Dalam tamadun Yunani – herodianic dan ionic.
Ahli matematik – Aryabhata Varahmihira.
Ilmu perubatan ada kaitan dengan yoga.
· Tamadun Cina
Ilmu Perubatan dihubung dengan Yin dan Yang – Kuasa Pasif dan Aktif.
Teknologi buat kertas 106 M – Chan Lun – mencampurkan rami, sayur, dan buluh – dijadikan pulpa – diskrinkan dan diratakan, tembikar, kapal layar, dan perahu. Pelayaran dibuat dengan penciptaan layar yang lebih kukuh – wujud juga dalam Tamadun Rom dan India.- Tingkatkan aktiviti perdagangan maritim.
Seni Bina
Mencerminkan ketahanan manusia hadapi cabaran dan kepimpinan yang berwibawa – pembinaan yang agung – monumen-monumen spt
Aqueduct – bekalan air di Rom. Teknologi berasaskan sistem graviti.
Tembok Besar Cina – pertahanan – Mula Dinasti Chou, 1500 batu dari Kansu ke Peking.
Acropolis – Pusat Pentadbiran dan pememrintahan Athens – binaan teater, rumah berhala, dan parthenon.
Parthenon – Rumah berhala untuk Dewi Athena – Zaman Pericles 421 – 409 SM utk peringati kemenangan dengan Persia.
Colloseum – Tempat pahlawan Rom bertarung. Mula bina 70M – Mahajara Flavian , Muatan 50 ribu – 80 ribu org.
Panthenon – Tempat pemujaan dan menyimpan patung dewa dan tempat kerja awam. Zaman Maharaja Hadrian 117 – 138M.
Great Bath , Kompleks Kuil Gua Ajanta – 20 buah kuil , Kompleks Kuil Gua Ellora – 28 kuil , Penggunaan geometri – segi empat dan bulat - India
Pembinaan tembok : Cina – tanah liat dan batu bata di bandar. Kampung guna tanah lumpur. Ada pintu gerbang dan menara. Kaw. Tembok ada istana spt Kota Larangan. Ada dewan dan taman. Dewan berfungsi – hukuman, keraian, perjumpaan.
Kuil, Pagoda , Tembok, Jambatan: Cina – beberapa bangunan utk tempat tinggal, ruang tetamu, pusat pemujaan. Pagoda 15 tingkat – bentuk oktagon.
Peningkatan dapat dilihat daripada elemen baru seprti bentuk dan nilai estetik.
Bahasa dan Kesusasteraan
· Tamadun Yunani
Penggunaan bahasa Yunani. Selepas itu Latin zaman empayar Rom. Tokoh penting: Homer dan Hesiod. Hesiod penyair hasil dua buku : Theology – ilmu tentang asal usul manusia dan ketuhanan dan Works and Days. Homer: Iliad dan Odyssey – Kisah perang Achaea dan Troy..
· Tamadun Rom
Dua penyajak Rom : Cicero ( 106 – 43M ) dan Virgil ( 70 – 19M ). Meningkatkan semangat patriotisme. Capai keagungan zaman Augutus Caesar ( 27 – 14 SM )
· Tamadun India
Epik Mahabarattha dan Ramayana – cerita peperangan dua tentera, baik dan jahat. Ramayana cerita inkarnasi Dewa Vishnu sebagai Rama dan pergaduhan dengan raja Sri Lanka yang melarikan isterinya, Sita. Bahasa digunakan – Sanskrit.
· Tamadun Cina
Wujud 7 dialek : Mandarin, Wu, Hunanis, Kiangsi, Hakka, Kantonis, dan Fukien.
Kebangkitan sastera disokong kerajaan. Dinasti Han , Sau-ma Chien tingkatkan sastera prosa, karyanya Shih Chi. Menceritakan aspek sosial, sejarah kerajaan, pemimpin, dan ilmu pengetahuan, dikutinya seterusnya.
Puisi : Tokohnya – Tu Fu, Li Po, dan Po Chu-I dlm Dinasti Tang.
Dinasti Han – cerpen dan sajak.
· Kesimpulan
Karya dihasilkan untuk sampaikan mesej kepada rakyat. Tulisan kini asal drp tulisan Phoenesia dari Yunani 800SM.Dlm Yunani ditambah vokal, diubah Rom hingga kini.
Sistem Sosial
· Tamadun Yunani
Organisasi Yunani 3 kumpulan. Warganegara – ada hak politik , penduduk bukan warganegara – tiada hak politik , dan golongan hamba – tiada hak politik.
Sparta – 3 kelas sosial: Warganegara Sparta tulen, para pekerja/artisan/pedagang, dan Helot – usahakan tanah dan minoriti
· Tamadun Rom
3 kelas : warganegara Rom, bukan warganegara – penduduk yang ditakluki, dan hamba.
· Tamadun India
Wujud sistem kasta – unik, 4 kasta: Brahmin, Ksyatria, Vaisya, dan Sudra. Perkahwinan ikut kelas.
· Tamadun Cina
3 kelas utama: golongan atasan – pentadbir spt maharaja/keluarganya/bangsawan/sida-sida, rakyat bawahan spt petani/artisan, dan hamba. Kumpulan 2 dan 3 – kumpulan sokongan.
Confucius bahagikan 4 kelas: golongan sarjana spt pegawai kerajaan yg berpendidikan, golongan petani – tulang belakan ekonomi Cina, golongan tukang, dan golongan pedagang.
Kelas golongan tidak tetatp, mereka bertukarkan berdasarkan pencapaian pendidikan.
Sumbangan Tamadun
Aspek poltik : Demokrasi, Republik.
Aspek Sosial ; Sukan Olimpik 776SM – hormati Tuhan Zeus. Awalnya disertai Athens, Sparta, Corinth, Thebes, Olympia, dan Argos,4 tahun sekali. Hasil karya : Illiad dan Odyssey, Mahabarata dan Ramayana. Bahasa Latin dan Sanskrit yang diguna pakai dalam kristian dan Buddha.Hindu. Pendidikan : sistem peperiksaan. Perkembangan sains dan teknologi – matematik, astronomi, fizik, perubatan, Teori Phytogoras, dan Teori Archimedes. Binaan: Agama dan budaya. Kewujudan ahli falsafah.
Agama dan Tamadun Manusia
Keperluan dalam pembentukan dan peningkatan tamadun. Suatu kepercayaan atau ajaran kepada manusia. Antara kepercyaan dan agama yang dianuti ialah Hindu, Buddha, Kristian, Islam, Confunianisme, dan Toaisme.
· Agama Hindu
Perkataan Hindu dari sungai Sindhu(Indus) Dikenali juga sebagai Sanata Dharma – peraturan kerohanian yang kekal abadi. Semakin jelas dlm zaman vedik. Tuhan 3 fungsi : Mencipta(Brahman), Memelihara( Vishnu, membinasa( Siva). Enam aliran: Saivisme, Vaishavisme, Saktham, Ganapathym, Kaumaram, dan Saura.
Sejak empayar Maurya penting – didominasi Brahmin. Percaya hukum karma – kelakuan manusia semasa hidup dan kelahiran semula selepas mati. Kelahiran semula bergantung pada karma dan tujuan hidup untuk capai maksya- kebebasan mutlak iaitu bersatu dengan tuhan dan tidak akan lahir lagi..
Capai kegemilangan Zaman Gupta 320 – 520M. Zaman Asoka saingan dengan Buddha.
· Agama Buddha
Diasaskan Siddhaarta Gautama. Dianggap penentangan golongan Kystria terhadap Brahmin. Lihat ketidakaadilan Kasta dalam agama dan kehidupan, cari ketenangan. Capai ketenangan dan pengajaran dibaweah pokok Boddhidi Uruveda. Dapat larikan diri dari kesengsaraan. Asas ajaran 4 kebenaran mulia dan Jalan 8 lapis.
Kegemilangan dlm. Zaman Asoka – jadi agama rasmi Dinasti Maurya. Buddha: guna bahasa Pali, Kitab Tripitaka – kitab suci mengandungi Sutta Pitaka, Vinaya Pitaka, dan Abhidhamma Pitaka.
Empat kebenaran yang mulia
Kehidupan penuh dengan kepahitan
Kepahitan dan kesengsaraan disebabkan oleh tuntutan nafsu
Untuk mengatasi kepahitan hidup mesti mengatasi nafsu
Cara menamatkan kesengsaraan dan mengatasi nafsu ialah dengan cara Jalan Lapan Lapis
Jalan lapan lapis
Kepercayaan dan pengetahuan yang baik
· Bebas daripada kepercayaam karut
· Memahami diri sendiri dan Empat Kebenaran yang Mulia.
· Membangunkan wawasan kehidupan yang jelas ( ditthi).
Keinginan yang baik
· Perlu megambil keputusan yang tegas untuk mencapai jalan kehidupan yang berjaya.
Pengucapan yang baik
· Tidak boleh melakukan gosip. menipu atau mengenakan seseorang.
Kelakuan yang baik
· Bertindak secara aman, jujur dan sejati dan tidak membunuh, mencuri, dan keterlaluan dalam tuntutan arak dan pelakuan sex.
Makna kehidupan yang baik
· Perlu mendapatkan kehidupan dengan tidak memusnahkan kehidupan lain.
Usaha yang baik
· Perlu mengawal diri sendiri dan berdisiplin.
· Mengekang kepercayaan syaitan dan menjaga kebaikan
Pemikiran yang baik
· Perlu berhati-hati dengan kata-kata dan pelakuan orang lain.
Pertapaan yang baik
· Perlu menumpukan pada satu perkara untuk mendapatkan kesedaran yang mendalam dan istimewa.
· Agama Kristian
Penganut kristian percaya ia diasaskan oleh Jesus Christ, berasal Jerusalem. 25 Dis,dianggap hari lahirnya disebut sebagai Hari Natal. Kitab Suci : Old Testament dan New Testament – dikenali sebagi bible.
Mendapat tempat dalam Tamadun Rom tertama zaman Constantine 280 – 337 SM. Sebelumnya masyarakat beragama pagan – suatu kepercayaan tidak percaya pada agama.
Mereka yang terlibat dengan agama dikecuali daripada melakukan sebarang pekerjaan berat.
Hari Ahad hari kegiatan agama. Zaman Rom dianggap Zaman Empayar Kristian.
· Agama Islam
Diwahyukan kepada Nabi Muhamad saw pada 6 Ogos 610M@ 17 Ramadhan, melalui Jibril di Gua Hira. Berlaku tentangan daripada orang Quraisy Makkah. Sebagai pelindungan berhijrah ke Yathrib@Madinah pada 622M @ 1 Rabiulawal.
Di Madinah Islam berkembang Dua teras dalam Islam : akidah dan syariah. Akidah membentuk keyakinan seluruh jiwa fizikal dan rohaniah terhadap keesaan Allah swt. Syariah merupakan peraturan @ undang-undang yang terkandung dalam Al Quran dan Hadis. – Petunjuk kepada orang Islam. Akidah dan Syariah sumber ketamadunan Islam.
Asas kepercayaan – percaya kepada Rukun Iman dan Rukun Islam.
· Confucianisme
Diasaskan oleh Confucius 551SM., Shangtung @ Lu. Seorang pegawai kerajaan kemudian letak jawatan. Confucius disembah sebagai tuhan.
Ajaran menekan prinsip moral yang tinggi spt perikemanusiaan (ren), kesusilaan (li), dan ketaat kepada ibubapa (xiao).
Untuk mencapai harus ada ketinggi pendidikan.
· Toaisme
Diasaskan oleh Lao Tze. Dilahir di Chu 604 SM. Bvekerja di Chou. Kembara keluar. Tulis buku Tao Te Ching.
Asalnya berbentuk falsafah kemudian tukar jadi agama.
Tumpukan konsep Tao @ jalan. Setiap tindakan ditentukan oleh Tao. Manusia tidak harus bertindak terhadap apa-apa yang berlaku – berkaitan dengan konsep wu-wei iaitu tidak mengambil tindakan. Jika tidak akan merosakkan dunia. Oleh itu Lao Tze anggap manusia boleh ubah ke arah kebaikan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
aSSaLaMuaLaiKuM CiKGu~~~
ReplyDeleteTeRiMa KaSiH aTaS NoTa iNi~~~
uSaHa CiKGu aMaT DiHaRGai~~
*aZiZi* ^_^
sangat lengkap dan padat . teruskan usaha (:
ReplyDelete