BAB 6
PEMBENTUKAN KERAJAAN ISLAM DAN SUMBANGANNYA
Pengenalan:
Khutbah terakhir Nabi Muhamad menjelaskan aspek berikut:
1. umat islam mesti bersatu padu
2. mencintai perdamaian
3. berpegang teguh jepada agama islam
Ini kerana selepas kewafatan baginda umat islam menghadapai dugaan besar antaranya:
1. mendapatkan calon pengganti nabi muhamad.
2. munculnya individu yangf mengaku nabi
3. golongan yang tidak membayar zakat
4. murtad – golongan al riddah.
Kerajaan Khulafa Al- Rasyidin
Selepas wafat 632M – sistem pemerintahan islam dikenali sebagai khalifah. – dikenali dengan khulafa al rasyidin. Antara khalifahnya:
1. Abu Bakar Assiddiq – Bani Tamim – 632 M – 634 M
2. Omar Al Khattab – bani Adi – 634M – 644M
3. Uthman bin Affan – Bani Umaiyah – 644M – 656M
4. Ali bin Abu Talib – Bani Hasyim – 5656M – 661M
Konsep Khalifah:
Arab – pengganti yang melaksanakan tanggungjawab pemerintahan dan pentadbiran kerajaan.
Agama – tanggungjawab memelihara kemurnian agama islam yang disampaikan Nabi saw, dan tanggungjawab kekalkan kehormonian serta kestabilan Islam.
Syarat
1. lelaki yang merdeka
2. beragama islam
3. memiliki pengetahuan islam
4. mematuhi perintah allah
5. sanggup melaksanakan hukum islam
6. bersifat adil dan akhlak yang mulia
7. tubuh badan yang sihat dan sempurna
8. berfikiran cerdas, warak
9. pandai mentadbir.
Kaedah atau Cara:
musyarawarah atau syura ( Syura bermaksud – Permuafakatan atau konsesnsus)
cadangan satu nama sahaja
pemilihan beberapa calon
pencalonan sekelompok masyarakat.
Baiah atau lafaz taat setia selepas dilantik jadi khalifah.
Kepentingan Baiah dan syuara:
1. jamin bakal pentadbir yang tepat berkelayakan dan berhemah tinggi.
2. Pentadbiran kerajaan lancar.
Tugas Khalifah
Aspek Agama
1. memelihara kedudukan agama serta
2. mentadbir mengikut hukum syariah.
3. menitikberatkan sistem politik, ekonomi, sosial supaya berlaku keseimbangan antara keperluan rohani dan jasmani.
Politik:
1. memastikan kelicinan pentadbiran negara.
2. mempertahankan negara islam daripada musuh
3. bertanggungjawab melantik dan melucutkan jawatan pegawai.
4. ketua negara
Sosial:
1. menjaga kebajian rakyat supaya nikmati hidup sejahtera di dunia dan akhirat
2. menjaga dan meneruskan ajaran Allah swt.
3. mengekalkan perpaduan melalui konsep musyawarah dan syura
4. memantapkan sistem perundangan Islam.
Ekonomi:
1. menguruskan hal ehwal kewangan dan perbendaharaan negara-baitulmal
2. mengatur pungutan kharaj, jizyah, dan zakat.
Sumbangan Khulafa Al Rasyidin
Abu Bakar As Siddiq
Lahir 573M – nama sebenar Abdullah bin Abu Quhafah. As Siddiq bermaksud yang membenarkan kerana sentiasa meyakini kebenaran nabi saw. Ikhlas, jujur dan setia. Juga digelar penyelamat umat islam.
Berjaya mengatasi masalah perpecahan masyarakat Islam . Berpunca daripada:
Orang islam yang murtad dan gerakan golongan al Riddah yang menyalahtafsirkan ayat al Quran sehingga tidak mahu bayar zakat.
Mempertahan Madinah daripada ancaman kuasa luar spt Parsi, Rom Timur, Menghantar Khalid Al Walid tentang Pars di Iraq, Usamah bin Zaid ke Ghassan.
Melicinkan pentadbiran dengan pembahaian 10 wilayah spt:
Makkah
Taif
Yaman
Al Jund
Khalwan
Bahrin
Jarsh
Zabid
Hadrahmaut, dan
Nijran
Memperkenalkan bayaran bergaji untuk tentera melalui hasil rampasan perang
Perkenalkan undang-undang tanah dan hak rakyat terutama golongan Mawali – orang bukan arab yang peluk Islam – hanya perlu bayar cukai tambahan.
Mengumpulkan kitab al Quran – arahkan Zaid bin Thabit. Sebab kumpul:
Ramai hafiz al quran gurgur shahid semasa gerakan ar riddah.
i. Sebelumnya ayat al quran disalin dalam bentuk:
ii. batu
iii. kulit binatang
iv. kayu dan tulang
Disimpan oleh Khalifah Umar, Hafsah ( Isteri Nabi saw.) dan Uthman bin Affan
Umar Bin Al-Khattab
1. Berasal daripada Bani Adi , Lahir pada 583M. Nama sebenar Umar bin Al Khattab bin Naufal – Keturunan Quraish. Terkenal dengan sifat berani, tegas dan berterus terang.Dikenali dengan Amirul Mukminin atau Panglima Agung Mukmin.
Pelantikan dicadang oleh Abu Bakar As Siddiq dan dipersetujui para sahabat.
Jangka masa pemerintahan beliau dianggap zaman keemasan sebab:
Banyak perubahan dan pembaharuan dilakukan.
Bidang politik:
Perkenalkan dasar pentadbiran dan pelantikan pegawai
Tubuhkan Majlis Syura dianggotai Muhajirin dan Ansar
Bahagikan jajahan takluk kepada beberapa wilayah
Melantik wali atau gabenor sebagai ketua – bertindak sebagai ketua pentadbir dan tentera.
Tubuhkan beberapa jabatan seperti Jabatan Tentera, Polis, Percukaian, dan Perbendaharaan. Negara. Diketuai Khatib atau setiausaha.
Jabatan kehakiman dipisahkan daripada jabatan lain untuk elak salah laku oleh hakim dan dibayar gaji bulanan – 500 dirham.
Bidang Sosial
Pendidikan – sediakan guru dan tempat belajar serta kembangkan pembelajaran al quran.
i. Sebagai contoh ; Abu Sufyan dihantar ke kawasan orang badwi
Perkenalkan kalendar Islam dan Tahun Hijrah.
Susun semula sistem ketenteraan bentuk tentera tetap dan sukarela.
Markas tentera dibina dibandar utama.
Kubu Pertahanan di sempadan yang menghadap musuh seperti Di Madinah, Kufah, Fustat dan Basrah.
Bidang Ekonomi.
Bina terusan dan tali air – tambah hasil pertanian seperti empanagan Abu Musa di Basrah dan Terusan Amirul Mukminin – 111km di Mesir.
Rakyat digalak teroka tanah baru dan usaha tanah terbiar.
Perkenal pelbagai cukai spt:
i. Kharaj – berdasarkan jenis tanaman dan kesuburan tanah
ii. Jizyah – dikenakan terhadao golongan zimmni – orang bukan Islam yang duduk dalam wilayah Islam dan kekal dengan tradisinya. Mereka bebas daripada perkhidmatan tentera dan pembayaran zakat.
Baitul diperkenalkan bagi kawal aliran zakat
Khalifah Uthman Bin Affan
Latar belakang
Nama sebenar Uthman bin Affan Bin Abil As bin Umaiyah. Lahir pada 576M.
Hartawan yang dermawan, lemah lembut, bertolak ansur, sikap simpati,
Digelar Zun Nurain – mempunyai dua cahaya kerana pernah kahwini dua orang puteri Nabi saw.
Pelantikan melalui majlis syura. Enam calon dicadangkan :
Ali Abu Talib dan Uthman bin Affan mendapat undi sama banyak. Abd Rahman bin Auf mendapatkan pendapat orang ramai dan bersetuju yang Uthman layak menjadi khalifah yang ketiga.
Sumbangan :
Berjaya meluaskan wilayah Islam hingga ke Afganistan, Smarkand, Cyprus,dan Tripoli.
Memperkukuhkan pertahanan dan membina tentera Islam .
Menjadi satu nashkah Al Quran sebagai bacaan yang rasmi – Mushaf Uthmaniah.
Membina jalan raya, jambatan, rumah rehat.
Mengukuhkan peranan baitulmal untuk biayai pembangunan negaa dan perkuat tentera islam spt pembelian senjata dan kapal.
Jizyah dikekalkan.
Khalifah Ali Abu Talib
Latar Belakang.
Lahir 602 M. Bani Hasyim.
Terkenal dengan sifat keberanian dan kepahlawanannya.. Tegas serta berpengetahuan luas dalam Islam.
Pelantikan mendapat sokongan terbanyak.
Kepakaran dalam perundangan Islam.
Sumbangan:
Berusaha mengekalkan kestabilan dan keharmonian negara. Cth dalam Perang Siffin . Sanggup berdamai dan berunding.
Membina markas tentera di Parsi dan Sempada Syria.
Ekonomi :Kutipan Jizyah diteruskan. Spt dalam surat kepada al-Asytar.
Kesimpulan:
Sistem pemerintahan Khulafa Ar Rasyidin menitikberatkan :Kesejahteraan agama, rakyat dan negara.
Kerajaan Islam Madinah dapat berkembang dengan kukuh dan berkembang menjadi negara yang kuat.
Kerajaan Islam dapat bersaing dengan Rom dan Parsi. Khalifah tidak mementingkan diri dan tidak mengamalkan kehidupan mewah.
Berjuang mengekalkan pembangunan,kesejahteraan dan kebahagiaan rakyat jelata.
Rakyat dapat menikmati kesejahteraan dan kemakmuran hidup.
Pada akhir pemerintahan Khulafa ArRasyidin digantikan dengan pemerintahan sistem warisan iaitu pemerintahan dibuat secara turun temurun atau monarki.
Sebelumnya sistem syura. Sistem syura bermaksud pelantikan dibuat secara musyawarah dan dipersetujui sama ada sebulat suara ataupun secara demokrasi. Pandangan para sahabat dan umat Islam dilakukan bagi mendapatkan pengganti yang baik.
Kerajaan Bani Umaiyah.
Sempena mengambil nama Umaiyah bin Abdul Shams bin Abd Manaf. Tokoh peniaga terkenal dan dipadang tinggi pada waktu itu.
Diasaskan oleh Muawiyah Bin Abu Suffian.- berikutan penyerahan oleh Hassan Bin Ali.
Penyerahan dilakukan bagi mengelakkan umat Islam berpecah belah.
Bermula dari 661M hingga 750M berpusat di Damsyik. Merupakan tahap pertama dan masih guna gelaran Khalifah.
Tahap kedua di Sepanyol diasaskan oleh Abdul Rahman al- Dakhil atau Abd Rahman 1 di Cordova dengan Andalusia sebagai ibu kota.
Bermula dari 756M hingga 1031M. Gelaran ketua negara ialah Amir.
Sumbangan:
Politik:
1. 4 aspek utama:
a. Sistem Khalifah – pelantikan khalifah menggantikan Nabi saw.
b. Sisten wazarah – pelantikan wazir – mengetuai sistem pentadbiran di bahagian kerajaan pusat, dan gabenor dilantik bagi mengetuai pentadbiran wilayah.
c. Sistem urus setia – beberapa pegawai dilantik bagi mengumpul rekod, mengurus surat, Bahagian yang diwujudkan – Surat menyurat, cukai, ketenteraan, polis, dan kehakiman.
d. Sistem hijabah – Seorang pegawai ditugas untuk menjaga keselamatan khalifah.
2. Satu sistem politik sistematik dan jelas.
3. 4 sistem diatas diperkukuhkan dengan penubuhan:
4. Jabatan cukai, Jabatan Surat menyurat, Jabatan Urusan Am, dan Jabatan Cap Mohor Pemerintaha( diasaskan oleh Muawiyah)
5. Tahap pertama sistem ketenteraan di perkemaskan – Jabatan Ketenteraan, diikuti dengan penubuhan tentera darat dan laut.
Sosial:
1. Kota Basrah pusat pengajaran dan penyebaran ilmu. Lahir ilmuan spt:
i. Khalili bin Ahmad – pakar bahasa dab filologi arab.
ii. Sibawayhi – ahli nahu arab
iii. Al- Farazdaq, Jarir, Umar ibn Abi Rabiah dan Jamil al-Uzri – sasterawan.
b. Bahasa Arab menjadi bahasa rasmi negara. Orang bukan Arab juga mendapat faedah dengan adanya tanda bunyi atau baris dalam al Quran.
2. Perkembangan ilmu agama terutama dalam era Umar Abdul Aziz. Lahir tokoh spt:
a. Urwah bin al-Zubayr – Hadis
b. Zihat al Zuhri – Hadis
c. Ibn Jarih – tafsir
d. Hasan al Basri – Usuluddin
e. Wasil bin Ata - Usuluddin
3. Taraf Kesihatan meningkat – pembinaan hospital di Damsyik oleh al-Walid bin Abdul Malik. Hospital Kusta oleh Umar Abdul Aziz.
a. Buku diterjemahkan ke dalam bahasa Arab.
b. Ibn al Nafis – pakar bedah menghasilkan al Shamsil fis Sinaah al-Tabibiyah ( Kajian Umum Profesion Kedoktoran) – bincang eknik pembedahan dan rawatan selepas bedah.
c. Ilmu dalam bidang kimia dan astronomi turut berkembang.
4. Sistem perundangan.
a. Hakim mengenakan hukum berdasarkan itjihad berpandukan quran, hadis dan ijmak.
b. Hakim tidak boleh mempengaruhi.
Sumbangan Bani Umaiyah Tahap Kedua – Andalusia.
1. Pendidikan:
a. Pusat Pengajian Tinggi di Cardova. Diasaskan Abd Rahman III. Menjadi pusat ilmu pengetahuan di eropah.
b. Perpustakaan dibina – al-Hakam II.
c. 17 pusat pengajian dan 70 perpustakaan di Andalusia.
d. Pusat ilmu – Seville, Toledo, dan Granada.
2. Pusat terjemahan
a. Terjemah karya yunani ke Arab di Toledo
b. Cardova pusat kegemilangan ilmu – jambatan dunia Islam dan Eropah
c. Ilmu Islam faedah kepada Eropah
3. Seni Bina
a. Masjid Cardova 36 meter, kubah berasaskan kayu berukir, tiang marmar 1293, 4700 lampu guna 11 tan minyak setahun.
4. Baitulmal
a. Sistem kewangan – imbang pendapatan dan perbelanjaan.
b. Sumber pendapatan berdasarkan Kharaj –cukai tanah, Jizyah – cukai perlindungan, zakat, Usyur – cukai satu persepuluh daripada hasil pertanian, Ghaninah – rampasan perang.
c. Caodova pusat ekonomi dan perdagagan antara bangsa
d. Andalusia buat tembikar/perhiasan perak dan emas, memproses kulit, senjata.
e. Sektor pertanian – sistem saliran ,penyelidikan untuk dapat benih terbaik.
Kesan:
1. Tunjuk kebijaksanaan pemerintahmerancang dan melaksana pembaharuan.
2. Selaraskan pentadbiran kerajaan.
3. Pembangunan dan perkembangan tamadun perlu menyeluruh , merangkumi politik, ekonomi dan sosial.
Sebab Keruntuhan Umaiyah dan Kemunculan Abbasiyah.
1. Penentangan luar dan dalam negara kerana:
a. Orang Islam bukan Arab spt Parsi dan barbar merasakan mereka tidak diberi jawatan dan didiskriminasikan.
b. Kena kadar cukai yang tinggi daripada orang Arab Islam.
2. Abai tanggungjawab terhadap rakyat dan agama Islam.
3. Pemilihan Khalifah secara warisan ditentang sebilangan besar orang Islam spt Siah dan Khawarij.
Kerajaan Abbasiyah
Pembentukan Kerajaan
1. Mula 750M ditaja oleh Ali bin Abdullah.
2. Peringkat awal sulit kemudian terbuka.
3. Gunakan kempen Ahlul Bait ( Keluarga Nabi saw)
4. Pusat Operasi di Khurasan, Kufah dan Humaimah.
5. Diperkukuhkan dengan sokongan 2 pahlawan besar – Abu Salamah Al-Khallal di Kufah dan Abu Muslim al-Khurasani di Khurasan.
6. Ambil sempena nama bapa saudra Nabi saw – Abbas.
7. Amal sistem monarki warisan.
8. Zaman Abu Jaafar, pusat pemerintahan ke Bagdad.
9. Berakhir dengan serangan tentera mongol pimpinan Hulagu Khan-cucu Genghiz Khan. Mengusir Sultan al Mutasim. Meninggal Dunia di pulau Shahi setelah memeluk Islam
Sumbangan Abbasiyah
1. Zaman kegemilangan dalam zaman Harun A-Rashid, dan Al Makmun.
2. Baghdad menjadi pusat intelektual dan penyebaran ilmu – melalui aktiviti terjemahan bahasa asing ke bahasa arab. Bahasa asing spt: Yunani, Sanskrit, Suriani .
3. Baitulhikmah – institusi keilmuan diasas oleh Harun Al Rashid – berkembang pada zaman al-Makmun Harun al rashid.
4. Kegiatan utama:
a. Terjemahan falsafah dan sains, terutama dari Yunani. 3 tahap:
i. Catat segala idea atau percakapan
ii. Kumpul idea yang serupa atau kumpul hadis nabi dalam buku.
iii. Mengarang – lebih teliti kerana dicatat dan diatur ke dalam bab tertentu..
b. Penglibatan golongan ulama dalam penulisan – susun Hadis dan hasilkan buku fikah, tafsir, sejarah. Ulama terkenal spt Imam Malik ( Al- Muwatta), Ibn ishaq ( Sejarah hidup Nabi), Abu Habifah ( Fikah dan Itjihad), Imam Abu Hanifah, Imam Malik, Imam Shafei, Imam Ahmad Hanbal.
c. Wujud pemisahan dalam ilmu tafsir, sirah dan hadis.
5. Kelebihan terjemahan:
a. Terjemahan/penciptaan dapat buat perubahan karya.Hurai dan buat penambaikkan dengan memuatkan keterangan dan ulasan.
b. Peranan besar dalam kebudayaan dunia – pelihara ilmu daripada lenyap dan pupus kerana terima hasil penulisan daripada zaman gelap di Eropah.
c. Penubuhan institusi tingkatkan kegiatan penyelidikan hingga ke Eropah , kemudian diterjemah ke bahasa asing dan mula kebangkitan Eropah.
6. Kesan perkembangan ilmu:
a. Mula zaman pemulihan budaya @ Renaissance.
b. Tingkat pengetahuan manusia dan warisan yang tidak ternilai.
c. Ketrbukaan dan kesediaan terjemah daripada bahasa asing bagi faedah umat Islam.
d. Cendikiawan Islam memperbaiki dan meningkatkan karya asal.
e. Berlaku percambahan dan perkembangan ilmu.
Kerajaan Turki Uthmaniyah.
Latar Belakang:
Terbentuk daripada kerajaan kecil semasa wujud kelemahan dalam kerajaan Abbasiyah.
Pembentukan Kerajaan.
1. Daripada Uthman bin Erturgul bin Sulaiman Shah – suku Qayi – Amir Saljuk bagi kawasan barat Anatolia.
2. Bersempada dengan Byzantine@Rom Timur.
3. 1301 berjaya mengalahkan Byzantine menyebabkan ghazi@pahlawan bersatu dibawah Uthman.
4. Meninggal dunia 1326 gantinya Orhan 1.
5. 1336-1354 Orhan 1 menguasai Marwara dan Pantai Aegean, Ankara, Galliph. Murad 1 dan Bayezid 1 kuasai Balkan Selatan, Utara Bulgaria, Philippopolis, Sofia, Salonia, Kosovo, Utara Albania dan Wallachia.
6. Mehmed 11 menawan Istanbul ( Constantinople) ibu negeri Roma Timur.
7. Pengukuhan empayar bermula dengan penaklukan Istanbul. 1453 – 1566 sehingga kematian Suleiman 1.
Faktor Kemerosotan Uthmaniyah.
1. Pemimpin yang lemah
2. Keruntuhan sistem pungutan cukai
3. Pertambahan penduduk sangat pesat dan sukar dikawal.
Sumbangan Kerajaan Uthmaniyah.
1. Empayar Islam yang mewujudkan kesatuan bagi umat Islam selama 600 tahun. Menjadikan Istanbul pusat pentadbiran dunia Islam. Sultan Selim 1 digelar Pelindung Dua Bandar Suci.
2. Sistem Perundangan.- Dikenali sebagai Kanun Suleiman.
a. Suleiman 1 mempertahankan dan membela nyawa, harta,kehormatan setiap individu. Perkenalkan Kanun Suleiman
3. Sistem organisasi dan pentadbiran perundangan Islam.
a. Jawatan kadi, mufti, Sheikhul Islam - Ketua Ulama keluarkan fatwa. Fatwa sebagai sumbangan utama kepada agama dan sains undang-undang.
4. Sektor ekonomi – jalinan perdagangan Timur dan Barat / Dunia Islam dan Bukan.
a. Meliputi Laut Tengah, Laut Merah, Laut Hindi dan Mediterranean.
b. Membentuk Jalinan Perdagangan Dunia Islam berpusat di Istanbul.
5. Di Balkan perkenalkan sistem yang menggalakkan kecemerlangan individu – wujud mobiliti sosial. Sebelum Islam . Sebelum Islam – sistem berasaskan keturunan dan susun lapis masyarakat.
6. Perkembangan Ilmu pengetahuan,pendidikan,budaya, penerbitan, penterjemahan.
a. Pendidikan Sistem madrasah ,sekolah pengetahuan akedemik, sekolah sastera, maktab tentera, maktab teknik dan kolej perubatan.
b. Penulisan ensiklopedia sains Islam – Penulis:
i. Mehmed al-Fanari
ii. Mofla Lufti
iii. Katib Clebi
c. Kepentingan perpustakaan – wujud di masjid, hospital dan rumah.
7. Seni Bina – Minar Sinan 1490 – 1588 menghasilkan Masjid Sultan Ahmad ( Masjid Biru).
Faktor Penyebaran Islam Ke Eropah
1. Semangat Ketenteraan – Ghazi.
a. Tidak gentar untuk berjuang bagi penyebaran agama.
2. Penaklukan kawasan Sicily, Selatan Sepanyol, - Zaman Umaiyah. Zaman Uthmaniyah takluk Constantinople ( Kejatuhan Kerajaan Byzantine)– sebarkan ke kawasan Balkan dan Eropah Timur.
3. Pegangan Aqidah yang kukuh dan akhlak yang tinggi.
4. Sistem ketenteraan tersusun serta penggunaan peralatan moden
a. – meriam besar
b. tentera berkuda / infantri
c. kumpulan janisari – elit dan terlatih 5400 orang.
d. Tentera laut – 300 buah kapal – kawal laut Mediteranean.
5. Keadaan politik Eropah yang tidak stabil.
a. Pertelingkahan dan peperangan, kerajaan kecil bantu kerajaan Islam
b. Tentera Islamke Eropah atas jemputan Maharaja John VI Cantacuzens.untuk dapatkan bantuan Uthmaniah ( Orhan ) bagi dapatkan Kerajaan Byzantine.
6. Kelemahan dan Kejatuhan Kerajaan Byzantine.
7. Kejatuhan institusi gereja, pergaduhan pemimpin dan kekurangan wang.
8. Aspek politik dan keagamaan.
a. Dasar diplomasi, tiada paksaanuntuk pelukIslam.
b. Penganut Kristian bebas amal agama , urus sendri gereja, Islam tidak campur tangan.
9. Tertarik dengan dasar sosial Islam.
a. Berasaskan kecemerlangan individu, bukannya keturunan.
b. Membina sekolah, rumah sakit, dan kawasan perdagangan.
10. Penghijrahan orang Turki ke Balkan dan usaha dakwah.
a. Terutama ke Thrace, Lembah Maritsa, Utara Bulgaria, Albania pd abad 14 dan 15M
b. Bina petempatan yang didiami mubaligh dan ahli sufi – menekankan tolenransi dan assimilasi, Kesannya:
i. Islam tersebar ke Utara Albania, Montenegero, dan Selatan / Barat Macedonia serta Crete.
Pertembungan Tamadun Islam dengan Tamadun Lain
Cara pertembungan:
1. Perdagangan dan perniagaan
a. Zaman Nabi pertembungan dengan Syam
b. Penguasaan Islam di Teluk Parsi,Laut Merah dan Timur Mediteranean pertembungan dengan Tamadun Rom dan Yunani
c. Orang Islam menetap dan berdagang di Canton Cina .
2. Hubungan diplomatik
a. Penghantaran kumpulan peneroka ke Gibraltar, Selatan Sepanyol.
b. Bertemu dengan orang bukan Islam di Cardova, Valencia, dan Rhonda dan berjaya buat hubungan diplomatik. Boleh memahami cara hidup, pandangan politik,keagamaan, ekonomi dan pentadbiran.
3. Penaklukan dan ketenteraan
a. Kerajaan-kerajaan Islam membentuk ekpedisi ketenteraan.Menguasai Iraq dan Iran. Bertembung dengan Tamadun Parsi.
b. Penaklukan Mesir dan Afrika Utara bertembung dengan Tamadun Eropah.
4. Kebudayaan
a. Kemasukan Islam ke Sepanyol wujud kebudayaan baru. Bahasa Arab menjadi bahasa utama.berpusat di Cardova.
b. Lahir golongan Mozarab – orang Kristian yang ambik kebudayaan Islam dan Berbahasa Arab.
5. Intelektual
a. Berlaku antara ahli fikir Islam dan bukan Islam.
b. Ilmuan islam berjaya mendalami ilmu dan keilmuan Eropah.
Kesan Pertembungan
1. Dapat dilihat melalui sumbangan tamadun Islam kepada peradaban dunia.
a. Keagamaan sendiri.- satu nilai akidah – percaya kepada Allah swt. Sediakan sistem perundangan berdasarkan Quran dan Hadis. Berasakan syariah dan akidah mudah diterima kerana sarwajagatnya. Islam tidak menghapuskan amalan, cara hidup dan adat setempat.
2. Perluasan kawasan penyebaran Islam
a. Melahirkan bentuk kerajaan dan masyarakat spt
i. Kerajaan Delhi Mughal
ii. Cina wujud masyarakat islam
iii. Umaiyah, Abbasiyah dan Uthmaniah wujud kerajaan pusat yang kuat.
b. Memboleh orang Islam menguasai ekonomi. Dengan ememastikan keselamatan laluan perdagangan. Dibuat dengan cara
i. Uthmaniah mempunyai Armada laut yang kuat .Menguasai Laut Merah, Mediteranean dan Teluk Parsi.
c. Pedagang Islam berjaya berdagang hingga ke India,Ceylon, Kepulauan Melayu, Cina, Sepanyol, Selatan Perancis, Armenia, dan selatan gurun Sahara.
d. Menguasai Istanbul pusat pertembungan dunia timur dan barat.
3. Mempengaruhi proses urbanisasi dan organisasi sosial
a. Mempengaruhi penyelarasan undang-undang yang saksama – cth di Balkan Zaman Uthmaniyah.
b. Kebudayaan dan Intelektual
i. Perkembangan pendidikan agama dan bukan agama spt Matematik, Sains dan Teknologi. Zaman Abasiyah pelajar diwajbkan belajar - Ilmu Mantik ( Logik ), Geografi, Sejarah, Sains Fizikal dan Biologi.
ii. Tatatertib berpakaian, berfikir, bertutur, berdagang dan berpolitik. Zaman Uthmaniyah , Sepanyol – orang bukan Islam mengamalkan cara hidup Islam.
1. Betutur dalam bahasa Arab, berpakaian Islam, tatasusila kehidupan. – dilakukan sehingga zaman Renaissance
2. Peranan penting dimainkan oleh golongan Mudejar – orang Islam setempat yang menetap di kawasan majoriti Kristian.
4. Pertukaran pendapat antara cendikiawan.
a. Peringkat awal cendikiawan Islam mengumpul maklumat dan teks penulisan.
b. Diterjemahkan daripada penulis Greek spt Aritotle, Plato, Galen dan Hipocrates.
c. Proses penterjemahan wujudkan perpustakaan – Baituhikmah, Zaman Abbasiyah
d. Wujudkan budaya keilmuan dan intelektual yang tinggi.
e. Ahli fikir Islam yang terawal menjalankan penyelidikan ialah:-
i. Abu al-Aswad al- Duali 7M
ii. Hunayn bin Ishaq 873M – terjemah karya Greek
iii. Al-Fazari – terjemahan hasil karya Tamadun India.
5. Perkembangan penterjemahan dan intelektual.
a. Zaman kemuncak antara 8M- 1258M , mula runtuh Kerajaan Abbasiyah.
b. Lahirkan cendikiawan Islam spt:-
i. Zakaria al-Razi ( 865 -925M) – Perubatan – Kepentingan klinikal, Hasilkan 20 karya spt Al-Hawi( Ensiklopedia perubatan) Terjemahkan hasil Galen-ahli perubatan Greek
ii. Al-Zahrawi ( 936-1013M) – Kajian Perubatan dan Farmasi
iii. Al-Khawarizmi – Matematik dan Astronomi.
iv. Al-Battani – Matematik dan Astronomi
v. Abu Ishaq - Matematik dan Astronomi
vi. Al-Biruqi – Matematik dan Astronomi
vii. Al-Bitruni - Matematik dan Astronomi
viii. Al-Farabi – Pemikiran politik dan Undang-undang
ix. Al-Miskawayh – Pemikiran politik dan Undang-undang
x. Al-Mawardi - Pemikiran politik dan Undang-undang
xi. Ibn-Sina – Ilmu Mantik dan falsafah
xii. AL-Kindi – Ilmu Mantik dan falsafah
xiii. Fakhr al-Din – Ilmu Mantik dan falsafah
xiv. Al-Razi – Ilmu Mantik dan falsafah
xv. Ibn al-Arabi – Ilmu Mantik dan falsafah
xvi. Ibn Rushd – Ilmu Mantik dan falsafah
xvii. Imam Ghazali - Ilmu Mantik dan falsafah
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment